• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KR1M Catat Jualan RM829 Juta Sejak 2011 – Ahmad Bashah

oleh Ahmad Albab
29/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Program Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah mencatat jumlah jualan terkumpul sebanyak RM829 juta sejak dilaksanakan pada 2011, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Beliau berkata jumlah berkenaan jauh mengatasi perbelanjaan yang dikeluarkan kerajaan sebanyak RM82.5 juta bagi melaksanakan KR1M, meliputi kos infrastruktur dan prasarana seperti pengubahsuaian premis dan peralatan berkaitan serta kos logistik barangan 1Malaysia Kedai Rakyat (1MKR).

“Dari segi jualan, ia telah meningkat dari semasa ke semasa malah ada KR1M mencatatkan jualan sehingga RM6 juta setahun,” katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Mansor Othman (PKR-Nibong Tebal) yang bertanyakan implikasi kewangan kepada kerajaan sejak KR1M dilaksanakan dan pulangan ekonomi yang dinikmati oleh penduduk setempat hasil perlaksanaan program tersebut.

Ahmad Bashah berkata sehingga kini, sebanyak 170 KR1M telah dibangunkan di seluruh negara yang menawarkan penjimatan secara langsung kepada rakyat menerusi penawaran barangan keperluan berjenama 1MKR pada harga yang lebih murah tetapi berkualiti.

“Penubuhan KR1M juga telah mewujudkan persaingan perniagaan yang sihat kepada barangan jenama lain agar memasarkan produk mereka pada kadar harga yang lebih kompetitif kerana pengguna berhak membuat pilihan terhadap barangan yang menepati citarasa dan bajet masing-masing,” katanya.

Selain itu, katanya kewujudan KR1M akan membolehkan syarikat pengeluar termasuk industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan yang menepati syarat-syarat memasarkan produk masing-masing sekali gus membantu perkembangan syarikat-syarikat berkenaan dan memberikan kesan berganda terhadap ekonomi.

Di samping itu, katanya perniagaan kecil juga boleh mendapatkan bekalan barangan daripada KR1M untuk keperluan kedai mereka dengan harga yang berpatutan.

Menjawab soalan Datuk Zainudin Ismail (BN-Jelebu) mengenai perancangan menaik taraf KR1M, Ahmad Bashah berkata kerajaan menyasarkan untuk membangunkan KR1M di semua 222 kawasan Parlimen di seluruh negara sebelum membuat sebarang perancangan menaik taraf KR1M. – BERNAMA

Tags: KPDNKKKR1M
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Akaun Facebook Najib Razak ‘Mengimbau’ Kritikan Terhadap KR1M

Akaun Facebook Najib Razak ‘Mengimbau’ Kritikan Terhadap KR1M

04/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Facebook Najib Razak mengimbau kembali pelbagai kritikan dan penghinaan yang pernah dilemparkan terhadap inisiatif Kedai Rakyat...

Kedai Rakyat 1Malaysia Kekal Jadi Sebutan

Kedai Rakyat 1Malaysia Kekal Jadi Sebutan

04/04/2026
0

Gelisah apabila dianggap ‘copy & paste’ idea Najib Razak, terus ada berhujah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) tutup sejak 2017. Tiada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd