• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Sedia Bantu Usahawan IKS Tembusi Pasaran Lebih Luas

oleh Ahmad Albab
03/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedia membantu usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) menembusi pasaran lebih luas di negara ini yang mampu meningkatkan pendapatan mereka.

Menterinya, Datuk Hamzah Zainuddin berkata ini berikutan mutu barangan atau produk tempatan di tahap terbaik serta boleh dibanggakan.

“Setakat ini, sebanyak 150 usahawan IKS berjaya memasarkan produk mereka di Pasaraya Giant di seluruh negara. Dari segi kriteria produk, untuk memasarkannya di Giant memerlukan penelitian yang begitu ketat sekali,” katanya dalam sidang media selepas melawat Pasaraya Giant di sini bersempena Kempen Penurunan Harga 2015 hari ini.

Kempen yang dilancarkan sejak 1 Mac, merupakan inisiatif berterusan KPDNKK bagi membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat selain merancakkan aktiviti perdagangan domestik.

Hamzah berkata beliau sendiri turut mencari peluang memasarkan produk usahawan IKS tempatan di luar negara menerusi lawatan kerjanya ke United Kingdom, baru-baru ini.

Langkah itu diambil bagi membantu merangsang pertumbuhan ekonomi negara, katanya.

“Dalam persekitaran kelembapan ekonomi dunia sekarang, lebih baik jika kita memberi fokus untuk memasarkan produk buatan Malaysia,” katanya.

Sementara itu, mengulas Kempen Penurunan Harga 2015, Hamzah berkata, sebanyak 55 syarikat bekerjasama untuk menurunkan harga beberapa jenis barangan.

“Saya turut mengadakan perbincangan dengan persatuan restoran untuk menurunkan harga makanan. Jika pasar raya turunkan harga maka pengusaha restoran dapat membeli barang mentah dengan lebih murah dan seterusnya menurunkan harga makanan.

“Kerjasama itu adalah atas kerelaan syarikat kerana ia dapat membantu rakyat.

“Bagaimanapun, kita bukan hendak menguatkuasakan (penurunan harga), tetapi dilakukan secara sukarela,” katanya. – BERNAMA

Tags: KPDNKK
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tempah 1 Unit iPhone 6s Tapi Dapat 5 Set Pula!

Next Post

Peminat Harry Potter Tinggalkan Stoking Demi Bebaskan Dobby

Related Posts

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

Friends Of KPDNKK Perlu Bergerak Aktif Pantau Harga

27/07/2018
0

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka disaran mengaktifkan 'Friends of KPDNHEP' sebagai mata dan...

Next Post

Peminat Harry Potter Tinggalkan Stoking Demi Bebaskan Dobby

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd