• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Kedah Lupus Barang Kes Bernilai Lebih RM145 Ribu

oleh Ahmad Albab
21/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah melupuskan barang kes bernilai RM145,570 membabitkan 47 kes antara 2010 hingga pertengahan Okt ini.

Pengarahnya Mohamad Fitri Hassan berkata, antara barangan terlibat termasuk 27,227 keping cakera padat (CD) dan video cakera padat (VCD), baju dan cermin mata tiruan, dua unit motosikal serta lapan unit tong.

Kesemua barang dilupuskan hari ini melibatkan kes di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (satu kes), Akta Perihal Dagangan 2011 (40 kes) dan Akta Hak Cipta 1987 (tiga kes), katanya.

Bagi Akta Kawalan Bekalan 1961, terdapat tiga kes berlaku Alor Setar dan Sungai Petani, katanya kepada pemberita di pusat pelupusan Kawasan Perindustrian Ringan Bukit Makmur, hari ini.

Menurut Mohamad Fitri, pelupusan barang kes hari ini adalah kali pertama dilakukan sepanjang pada tahun ini, selepas mendapat arahan mahkamah.

Beliau juga berkata, KPDNKK mencatatkan 777 kes melibatkan pelbagai kesalahan sehingga Okt ini termasuk 269 kes di Alor Setar, 143 kes di Kubang Pasu, 151 kes di Sungai Petani dan 88 kes di Kulim.

Pulau Langkawi mencatatkan 69 kes manakala terdapat 57 kes di Baling.

“Nilai rampasan bagi semua kes tahun ini berjumlah RM1.3 juta atas pelbagai kesalahan manakala kompaun yang dikenakan membabitkan RM82,600 atas beberapa kesalahan,” katanya.

Kes tertinggi melibatkan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 sebanyak 338 kes dan Akta Timbang dan Sukat 1972 yang melibatkan sebanyak 197 kes, menurutnya. – BERNAMA

Tags: KPDNKK
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

Friends Of KPDNKK Perlu Bergerak Aktif Pantau Harga

27/07/2018
0

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka disaran mengaktifkan 'Friends of KPDNHEP' sebagai mata dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd