• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Koo-Tan Juara Beregu Lelaki GP Emas Terbuka Belanda

oleh Ahmad Albab
12/10/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gandingan veteran negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong membuktikan mereka masih berbisa apabila menjuarai acara beregu lelaki kejohanan badminton Grand Prix (GP) Emas Terbuka Belanda di Topsportcentrum Almere Arena, Belanda pada Ahad.

Tampil sebagai pilihan ketujuh, Koo/Tan jelas bukan tandingan buat pasangan India, Manu Attri/B. Summeth Reddy yang juga pilihan kedua apabila menang mudah 21-15, 21-10 dalam masa hanya 25 minit.

Kemenangan di kejohanan Tahap Tiga acara Persekutuan Badminton Dunia (BWF) itu membolehkan Koo/Tan menerima hadiah AS$3,950 (RM16,195) manakala Manu/Summeth mendapat AS$1,900 (RM7,790).

Ini adalah gelaran ketiga untuk Koo/Tan yang masing-masing berusia 30 dan 28 tahun selepas kembali beraksi di pentas antarabangsa pada Mei lalu.

Sebelum ini, mereka memenangi dua kejuaraan iaitu Cabaran Antarabangsa Sri Lanka pada Jun dan Cabaran Antarabangsa Rusia pada Julai, yang masing-masing merupakan kejohanan Tahap Empat BWF.

Koo/Tan mara ke final selepas menewaskan pasangan Taiwan, Lee Jhe-Huei/Yang Lee 21-19, 19-21, 21-16 di peringkat separuh akhir semalam. Pemenang pingat emas Sukan Asia 2006 dan naib juara dunia 2010 itu berjaya mengetepikan cabaran beregu Taiwan berkenaan dalam masa 54 minit. – BERNAMA

Tags: badmintonBereguTerbuka Belanda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

12/04/2024
1

PERSOALAN mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan...

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

19/05/2023
0

KUALA LUMPUR – Skuad badminton kebangsaan mencapai sasaran mara ke separuh akhir pada saingan Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd