• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Komponen BN Mesti Kembali Ke Prinsip Asas Penubuhannya

oleh Ahmad Albab
11/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Komponen parti Barisan Nasional (BN) mesti kembali ke prinsip asas penubuhannya dan memperkukuhkan kerjasama antara kaum untuk masa depan negara yang lebih baik.

Perdana Menteri dan pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak berkata formula BN yang berteraskan kepada kesederhanaan adalah yang terbaik untuk Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum, agama dan budaya.

“Pada akhirnya, kumpulan etnik utama di negara ini perlu bekerjasama. Kita tidak boleh melakukannya secara bersendirian.

“Orang Melayu tidak boleh melakukannya bersendirian, orang Cina juga tidak boleh. Kita mesti melakukannya bersama dalam sebuah kesatuan politik yang dikenali sebagai Barisan Nasional,” katanya semasa berucap merasmikan perhimpunan agung tahunan MCA ke-62 di Wisma MCA, di sini, hari ini.

Beliau menekankan, BN mampu bangkit semula, malah menjadi lebih kuat jika semua komponen parti bersatu dan fokus untuk memenangi pilihan raya umum ke-14 yang akan datang.

Najib berkata, sebagai sebuah kerajaan dan parti politik, BN mesti sentiasa mendengar dan responsif terhadap rakyat.

“Sekarang, mari kita bangunkannya atas asas ini. Kita mesti bangkit. Jika kita boleh bersatu, kita boleh melakukannya. Kita menjadi lebih kuat,” katanya.

Perdana Menteri juga menggesa rakyat Malaysia untuk mempertahankan kontrak sosial dan Perlembagaan Persekutuan yang merupakan prinsip teras negara yang memastikan perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat.

Tambahnya, walaupun terdapat perbezaan dalam kalangan rakyat, mereka mesti diuruskan dan diharmonikan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan dalam semangat BN yang dibina atas semangat kepercayaan dan konsensus.

“Kita mesti tetap berpegang teguh kepada kepercayaan kita dalam kontrak sosial dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Mengenai masa depan, Najib berkata negara ini mempunyai masa depan yang baik di bawah BN.

Sambil menyindir pembangkang, Najib berkata, tidak seperti pembangkang yang arah tuju mereka adalah berjerebu, BN mempunyai pelan tindakan yang jelas untuk masa depan negara.

“Kita mungkin tidak sempurna, tetapi kita jauh lebih baik daripada alternatif itu, dan itulah sebabnya mengapa anda perlu percaya kepada BN,” katanya.

“Kita boleh mencipta masa depan dengan berusaha melakukannya bersama-sama hari ini. Kita boleh mencipta masa depan kita dan masa depan itu adalah melalui BN,” katanya. – BERNAMA

 

[wpdevart_youtube]clYmqwkgml0[/wpdevart_youtube]

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd