• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Morais: Siasatan Selesai, Tiada Lagi Suspek Diburu

oleh AK-47
06/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada lagi suspek diburu berhubung kes pembunuhan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais, selepas lapan individu didakwa sebelum ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata siasatan polis terhadap kes berkenaan sudah dianggap selesai.

“Tidak perlu lagi buka kertas siasatan, semua telah selesai,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada siasatan polis terhadap kes berkenaan masih berjalan, atau kertas siasatan baharu akan dibuka.

Isnin lepas, enam lelaki didakwa di mahkamah atas pertuduhan membunuh Morais manakala dua lagi, termasuk doktor tentera, dituduh bersubahat melakukan kesalahan itu.

Mayat Morais, 55, ditemui di dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini pada 16 Sept lepas.

Morais dilaporkan hilang pada 4 Sept, dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini, untuk ke tempat kerjanya di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya. – BERNAMA

Tags: Anthony Kevin Morais
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Sekali Lagi Tanya Kit Siang Mana Pendrive?

30/01/2019
0

KUALA LUMPUR - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menuntut veteran DAP, Lim Kit Siang mengemukakan pendrive yang sebelum...

Saya Ditawar RM1.5 Juta Jika Mengaku Bunuh Kevin Morais

27/08/2018
0

KUALA LUMPUR — “Saya ditawarkan wang RM1.5 juta jika mengaku bersalah membunuh Kevin Morais,”, dedah tertuduh ketujuh dalam kes pembunuhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd