• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Teksi Haram: Polis Nasihat Jangan Ambil Tindakan Sendiri

oleh Ahmad Albab
12/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pihak polis menasihati pemandu teksi lain agar tidak mengambil tindakan sendiri ke atas perkhidmatan teksi Uber dan GrabCar yang dikatakan beroperasi secara haram.

“Tengok undang-undang sedia ada dan buat laporan dan kita akan ambil tindakan selanjutnya,” kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa kepada Bernama.

Beliau diminta mengulas mengenai insiden pemandu teksi yang dirakam menyerang dua buah kereta yang didakwa milik pemandu Uber dan GrabCar yang dipercayai berlaku di kawasan berhampiran Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

Video rakaman insiden berkenaan menjadi viral di media sosial pada Jumaat lepas.

Video: Pemandu Teksi Serang Kereta Pemandu Uber Di KLCC

Penasihat syarikat Teksi Premium Big Blue, Datuk Shamsubahrin Ismail turut tidak bersetuju dengan tindakan agresif sedemikian.

“Memang kita tak setuju, tapi bila orang dah marah, kita tak tahu apa boleh berlaku,” katanya.

Beliau berkata kira-kira 300 pemandu teksinya yang beroperasi di KLCC turut mengadu pendapatan mereka terjejas sejak dua bulan lepas dengan kehadiran perkhidmatan dua teksi berkenaan yang menggunakan aplikasi telefon pintar untuk mendapatkan pelanggan.

Shamsubahrin mahu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memantau perkhidmatan teksi tersebut.

Beliau berkata berkata satu mesyuarat antara pengurusan KLCC, SPAD, pihak polis dan syarikatnya akan diadakan dalam masa terdekat bagi mencari jalan kepada penyelesaian masalah berkenaan.

Pengurus Operasi Silvercab Sdn. Bhd., Adnan Mohamad kesal kerana walaupun penguatkuasaan dilakukan terhadap pemandu Uber dan GrabCar, tetapi kegiatan mereka masih berleluasa.

“Bila saya pergi ke Bandar Enstek, lokasi stor tempat SPAD sita kenderaan, memang ada kenderaan Uber and GrabCar yang disita, dan SPAD juga ada keluarkan statistik penahanan. Tapi ‘prebet sapu’ Uber dan GrabCar masih berleluasa,” katanya.

Adnan berkata syarikat teksi lain tidak menghalang operasi Uber dan GrabCar sekiranya pemandu mereka berkhidmat mengikut prosedur seperti memiliki permit dan mempunyai kad pemandu sah yang dikeluarkan SPAD.

Seorang pemandu teksi Mohd Asri Jusoh, 44, berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas.

“Kami kurang gemar mereka ini beroperasi, sebab kami sendiri perlu melalui prosedur ketat sebelum dibenarkan menjalankan perkhidmatan kami. Ini sesuatu yang tidak adil sekiranya tidak dibanteras. Kami harap pihak berkuasa dapat ambil tindakan terhadap mereka ini,” katanya. – BERNAMA


Pemandu Teksi Pukul Kereta Uber part 1 oleh mynewshub


Pemandu Teksi Pukul Kereta Uber part 2 oleh mynewshub

Tags: GrabCarpolisPrebet SapuTeksi HaramUber
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd