• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Sasar Gandakan Pendapatan B40 Menjelang 2020

oleh Ahmad Albab
27/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR  – Kerajaan menyasarkan untuk menggandakan pendapatan kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) menjelang 2020 selain mengharapkan kesan limpahan ke atas kumpulan M40, menurut Kementerian Kewangan.

Laporan Ekonomi 2015/2016 mentakrifkan kumpulan B40 sebagai isi rumah dengan pendapatan bulanan sehingga RM3,855, manakala M40 (kumpulan berpendapatan 40 peratus sederhana) berpendapatan antara RM3,860 dan RM8,319.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata kerajaan menyediakan bantuan terutamanya kepada golongan gaji minimum diikuti kumpulan sasar B40 dan M40, seperti dinyatakan dalam Bajet 2016.

“Kerajaan bercadang untuk meningkatkan taraf hidup kumpulan berpendapatan rendah dan diikuti kumpulan berpendapatan tinggi berikutan akan terdapat rantaian reaksi.

“Kami (kerajaan) mahu meningkatkan tahap kesejahteraan dalam kalangan rakyat Malaysia, dan itu tumpuan kami.

“Ketika ini, kami menyediakan bantuan kepada kumpulan sasar B40 dan akan dimulakan dengan kumpulan sasar M40 pada tahun ini,” katanya kepada pemberita dalam lawatan kerjanya ke Perbadanan Nasional Bhd. di sini, hari ini.

Ahmad Husni berkata lebih banyak insentif akan disediakan pada masa akan datang, dengan sebahagian besar peruntukan untuk kumpulan M40 yang baru diwujudkan dalam bentuk insentif cukai.

Beliau berkata rakyat juga tidak harus berpuas hati tetapi perlu terus memperbaiki diri mereka sendiri.

“Mereka tidak seharusnya terlalu bergantung dengan kerajaan, kerana tanggungjawab terletak pada bahu mereka sendiri,” katanya yang turut menyatakan kerajaan menyediakan latihan bagi membolehkan rakyat Malaysia meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran mereka dalam usaha meningkatkan taraf hidup.

Ahmad Husni berkata kerajaan bukan sahaja menumpukan kepada Wawasan 2020, tetapi juga apa yang berlaku selepas 2020. – BERNAMA

Tags: B40Husni Hanadzlah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Syor Subsidi Bersasar Beras Untuk B40

Syor Subsidi Bersasar Beras Untuk B40

07/05/2024
0

PASIR PUTEH : Harga beras sedia ada adalah yang distruktur pada 2008, masih kekal pada kadar RM2.60 sekilogram (kg). IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd