• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Rancang 4 Projek Baharu Di Bintulu Dalam RMK-11

oleh Ahmad Albab
27/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan merancang empat projek baharu di Bintulu, Sarawak berkaitan keperluan untuk mempertingkatkan infrastruktur jalan utama di kawasan tersebut dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11).

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata projek itu adalah menaik taraf Jalan Tanjung Kidurong ke Samalaju Industrial Park (KM4-KM39); menaik taraf persimpangan di Jalan Nyabau, Jalan Kinda dan Bulatan Tanjung Kidurong; membina jejambat di persimpangan Jalan Medan-Jalan Tun Hussein Onn dan membina Jalan Ulu Pandan, Bintulu.

Fasa pertama melibatkan pembinaan di kawasan Bintulu iaitu menaik taraf Persimpangan Jalan Nyabau ke Persimpangan Jalan Bakun sepanjang 43km dimulakan Mac lepas dan dijangka siap Disember 2017, katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) mengenai perancangan kementerian untuk menaik taraf atau meluaskan jalan raya sedia ada memandangkan jumlah kenderaan besar semakin bertambah ekoran perkembangan dan pembangunan pesat di kawasan Bintulu sebagai kawasan perindustrian berat.

Fadillah berkata di samping projek konvensional Jabatan Kerja Raya, kerajaan juga dalam masa yang sama sedang membina lebuhraya Pan Borneo di Sarawak melalui kaedah rakan pelaksana projek.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya ketika menjawab soalan Wong Ling Biu (DAP-Sarikei) mengenai keperluan pegawai perubatan di Hospital Sarikei, berkata terdapat 32 jawatan pegawai perubatan di hospital itu sehingga 31 Ogos lepas dengan pengisian 25 orang atau 78.1 peratus.

Beliau berkata bidang kepakaran yang ditawarkan oleh lima pegawai perubatan pakar di Hospital Sarikei adalah Perubatan Am, Perbidanan dan Sakit Puan, Anestesiologi, Oftalmologi dan Ortopedik.

Selain itu, katanya perkhidmatan kepakaran seperti Otorinolaringologi, Sakit Puan, Nefrologi, Psikiatri dan Ortopedik diberi secara berjadual oleh pakar perubatan dari Hospital Sibu dan Hospital Umum Sarawak. – BERNAMA

Tags: Fadillah YusofRMK-11
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Buat Andaian Rundingan Gas PETRONAS-PETROS – Fadillah

Jangan Buat Andaian Rundingan Gas PETRONAS-PETROS – Fadillah

17/03/2025
0

KUCHING: Pihak yang tidak terlibat dalam rundingan di antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dengan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) berhubung pengedaran...

4 Tuntutan MA63 Belum Ada Persetujuan – Fadillah

4 Tuntutan MA63 Belum Ada Persetujuan – Fadillah

12/09/2024
0

KOTA KINABALU : Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan empat perkara dalam rundingan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd