• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenaikan Tol: Noh Minta Azmin Jangan Cuba Main Wayang

oleh Ahmad Albab
17/10/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali diminta tidak cuba bermain wayang apabila bertindak seperti seorang wira dalam memperjuangkan rakyat dengan mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan Selangor menolak kenaikan kadar tol.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO, Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata umum mengetahui bahawa dua anak syarikat kerajaan negeri, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS) masing-masing memiliki saham minoriti 30 peratus dalam syarikat konsesi Lebuhraya Kesas dan 20 peratus dalam syarikat konsesi Lebuhraya Sprint.

“Saya mendesak supaya Kerajaan Selangor segera mengumumkan keuntungan yang telah mereka peroleh dan bakal mereka peroleh daripada saham mereka di dalam syarikat konsesi Lebuhraya Kesas dan Lebuhraya Sprint. Kerajaan negeri perlu memulangkan wang keuntungan tersebut kepada rakyat Selangor sekiranya mereka benar-benar ingin membantu rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Semalam, Mohamed Azmin dilaporkan berkata, Kerajaan Selangor menolak kenaikan kadar tol di 18 lebuh raya di seluruh negara, 12 daripadanya di Lembah Klang, berikutan kos sara hidup yang meningkat pada masa ini.

Noh dalam pada itu meminta kerajaan Persekutuan mengkaji semula cadangan UMNO Selangor sebelum ini supaya menghapuskan tol di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau, kedua-duanya di Lebuhraya Persekutuan.

Ini kerana, beliau berkata kedua-dua plaza tol berkenaan adalah antara yang telah lama wujud dan telah membuat keuntungan.

“Sekiranya kedua-dua plaza tol itu tidak boleh dihapuskan saya mencadangkan salah satu daripadanya dihapuskan dalam membantu meringankan beban rakyat,” katanya.

Beliau turut mencadangkan supaya kerajaan Persekutuan mengenakan harga tol melalui dua kaedah, iaitu harga tol dikekalkan ketika waktu puncak dan dikurangkan ketika luar waktu puncak.

Menurutnya melalui kaedah ini, pengguna yang tidak terlibat dengan aktiviti waktu puncak mempunyai pilihan untuk menggunakan lebuh raya selepas waktu puncak dan ini memberi pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan harga tol lebih rendah.

“Kaedah kedua ialah kerajaan mengurangkan harga tol ketika cuti umum. Ini boleh membantu rakyat yang berada di luar Lembah Klang menggunakan kemudahan lebuh raya dan mampu merancakkan aktiviti pelancongan di kawasan Lembah Klang,” katanya.

Sebelum ini, beberapa syarikat konsesi lebuh raya utama termasuk di Lembah Klang mengumumkan kenaikan kadar tol antara 10 sen dan RM6 berkuat kuasa semalam (15 Okt).

Ia melibatkan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Kajang-SILK, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (Smart), Lebuhraya KL-Kuala Selangor (Latar), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Kajang Seremban (Lekas), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya SPRINT dan Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga). – BERNAMA

[wpdevart_youtube]F9XuX-QTLqA[/wpdevart_youtube]

Tags: Azmin AliKenaikan Tol
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tuduhan Tak Dibahagi-Bahagikan Atas Nahas MH17

Next Post

Anggota Parlimen Rompin Dipilih Sebagai Pengerusi PAC

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

21/02/2023
0

Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali yakin pendakwaan rasuah melibatkan kepimpinan Bersatu tidak akan mengganggu persiapan pilihan raya negeri (PRN)...

Next Post

Anggota Parlimen Rompin Dipilih Sebagai Pengerusi PAC

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd