• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Tarik Balik Sirap ‘Paracetamol’ Sah Ada Alkohol

oleh Ahmad Albab
16/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan syarikat Royce Pharma Sdn. Bhd. menarik balik sirap Paracetamol 120mg/5ml di pasaran kerana didapati mengandungi alkohol.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi kementerian itu, Datuk Eisah A. Rahman berkata, pihak KKM telah mengarahkan syarikat tersebut memanggil balik semua produk berkenaan di pasaran dan fasiliti yang terbabit.

Kementerian itu dalam surat tawaran telah menetapkan spesifikasi bahawa produk tersebut tidak sepatutnya mengandungi alkohol, katanya dalam satu kenyataan di sini.

Malaha syarikat itu dalam membuat tawaran ubat tersebut kepada KKM telah tidak menyatakan pada label dan sisip bungkusan produk mereka mengenai kandungan alkohol.

Beliau berkata, oleh kerana syarikat itu tidak menyatakan pada label dan sisip bungkusan produk mengenai wujudnya alkohol dalam ubat tersebut, maka pihak KKM telah menerima tawaran mereka untuk membekalkan produk itu.

“Bagaimanapun, siasatan lebih lanjut kemudian mendapati produk paracetamol itu sebenarnya mengandungi alkohol tetapi tidak dinyatakan pada label dan sisip bungkusan,” katanya.

Bagaimanapun, Eisah berkata produk itu telah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) serta didapati mematuhi keperluan kualiti, keselamatan dan keberkesanan.

“Orang awam tidak perlu bimbang kerana walaupun ia mengandungi alkohol dalam had yang dibenarkan, tiada isu keselamatan dilaporkan,” katanya.

Beliau juga menyarankan pengguna supaya sentiasa menyemak maklumat label dan sisip bungkusan produk dan memilih produk yang sesuai yang diperlukan.

“Pengguna boleh menghubungi Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM menerusi talian telefon 1800886772 atau emel [email protected] untuk keterangan mengenai ubat-ubatan,” katanya.

Sementara itu, timbalan Pengerusi Syarikat Royce Pharma Sdn Bhd Datuk Chandra Sekar Suppiah berkata pihaknya akan menarik balik produk tersebut berikutan tindakan Kementerian Kesihatan menetapkan spesifikasi baharu mengenai alkohol.

“Sebelum ini produk itu memang telah mematuhi segala aspek keperluan kualiti, keselamatan dan keberkesanan mengikut piawaian ditetapkan, tetapi sekarang kementerian mahu produk itu dihasilkan tanpa kandungan ethanol
(alkohol) dan kami akan mengeluarkan produk baharu tanpa alkohol selepas ini,” katanya kepada Bernama bagi menjelaskan tindakan kementerian itu.

Katanya orang awam tidak perlu bimbang kerana tiada isu keselamatan dilaporkan mengenai produk itu sejak ia dikilangkan dan dipasarkan bermula 1991, dan ia mengandungi ethanol dalam kadar yang dibenarkan.

“Produk yang ditarik balik itu dijamin selamat dan mematuhi piawaian Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, malah syarikat ini sentiasa komited dalam menghasilkan produk-produk farmaseutikal yang selamat,” katanya.

Beliau berkata syarikat itu juga diiktiraf sebagai satu-satunya syarikat yang mematuhi syariah (MS1900:2008).

Beliau juga berkata merujuk kepada keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 bersetuju ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]H38aMHI6R5Y[/wpdevart_youtube]

Tags: alkoholubat
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd