• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kejayaan Akademi Pelancongan Langkawi Di Luar Jangkaan

oleh Ahmad Albab
24/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Pencapaian Akademi Pelancongan Langkawi (LTA) dalam melahirkan lepasan berkualiti untuk menyertai sektor pelancongan dan pengurusan hotel, melepasi tahap yang dijangkakan, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap di sini hari ini.

Beliau berkata kadar kebolehpasaran mereka yang menamatkan pengajian di akademi itu, yang dikendalikan secara bersama oleh Kolej Komuniti Langkawi dan Taylor’s University, meningkat kepada 97.13 peratus tahun ini daripada 94.6 peratus pada 2014.

“Mereka melepasi sasaran. Pelajarnya cukup lengkap, dari segi disiplin dan kemahiran. Akademi Pelancongan Langkawi membuktikan perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvokesyen LTA di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi di sini hari ini.

Merujuk kepada pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2016 bahawa sebuah akademi pelancongan akan ditubuhkan di Kota Kinabalu tahun depan, beliau berkata kejayaan LTA akan dijadikan model bagi merealisasikan rancangan tersebut.

“Model sama akan digunakan dan ia akan dikenali sebagai Akademi Pelancongan Kota Kinabalu, manakala butiran terperinci mengenainya akan disediakan,” kata beliau.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti Datuk Amir Md Noor berkata spa halal dan patuh syariah merupakan program baharu yang akan ditawarkan tidak lama lagi di LTA melalui kerjasama dengan Agensi Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA). – BERNAMA

[wpdevart_youtube]bApFj4FdiQo[/wpdevart_youtube]

Tags: Mary Yap
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perayaan Berbilang Kaum Bantu Pemahaman Budaya

16/01/2017
0

TAWAU - Sambutan pelbagai perayaan masyarakat majmuk dapat mengukuhkan lagi perpaduan penduduk yang mengadaptasikan konsep 1Malaysia, kata Timbalan Menteri Pendidikan...

Mahasiswa Disaran Sertai Program Kemasyarakatan

18/12/2016
0

TAWAU - Golongan belia khususnya mahasiswa disaran menyertai program berbentuk kemasyarakatan sebagai nilai tambah diri dan menjadi contoh kepada belia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd