• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedai Peralatan Komputer Rugi RM21,000 Disamun 2 Lelaki

oleh Ahmad Albab
01/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Sebuah kedai menjual peralatan komputer di Jalan Denai Intan, Bandar Baru, dekat Teluk Intan, kerugian sebanyak RM21,000 selepas disamun dua lelaki bersenjatakan pisau, semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, semasa kejadian kira-kira pukul 4 petang itu seorang pekerja lelaki berusia 25 tahun dan seorang pekerja wanita berusia 19 tahun sedang bertugas.

PK08_250215_TELUK-INTAN-Re
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd. Shuhaily Mohd. Zain

“Ketika dua pekerja itu sedang bekerja, tiba-tiba salah seorang daripada suspek pergi ke arah pekerja lelaki dan mengacukan pisau pada leher serta suspek meminta mangsa untuk tidak membuat bising.

“Manakala seorang lagi suspek yang bersenjatakan objek berwarna hitam berdiri di pintu masuk kedai dan minta mangsa tidak membuat bising.

“Kedua-dua mangsa kemudiannya telah dirampas barang peribadi,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata, suspek telah mengarahkan pekerja lelaki itu untuk baring di atas lantai manakala pekerja wanita telah dikurung ke dalam tandas sebelum kedua-dua suspek bertindak mengambil barang berharga milik kedai dan kemudiannya melarikan diri dari tempat kejadian. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=9x0Gff-QgQc

Tags: Jenayahkes samun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd