• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kebaikan Ketawa, Rangsang Positiviti Dalam Kehidupan

oleh AK-47
16/10/2015
dalam Gaya Hidup, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMRAH dalam kehidupan manusia, ketawa adalah salah satu ekspresi dalam diri seseorang bagi meluahkan rasa bahagia, seronok dan gembira yang ingin dikongsikan.

Walau bagaimanapun, ketawa bukanlah hanya satu ekspresi yang ada dalam diri manusia malah ketawa juga boleh merangsang serta memberi kesan positiviti dalam diri seseorang.

Ini dapat dibuktikan secara saintifik di mana ketawa sememangnya boleh membawa kebaikan dan menghindarkan keburukan dalam hidup seseorang.

Jom kita lihat 4 fakta mengikut sains mengenai ketawa di bawah ini.

  1. Ketawa memberi kesihatan yang baik kepada tubuh badan  

Menerusi artikel ‘Humor An Antidotes For Stress’ yang ditulis oleh seorang jururawat berdaftar, Patty Wooten mendedahkan gelak tawa memberi banyak kebaikan kepada diri manusia.

Secara naturalnya, ketawa boleh mengurangkan hormon tekanan dalam diri dan meningkatkan tahap aliran darah dalam badan sekali gus ia dapat melindungi tubuh badan daripada diserang penyakit berkaitan jantung.

Secara umumnya juga ia akan menguatkan sistem imunisasi dalam badan. Hal ini akan mengurangkan risiko untuk terkena jangkitan dan penyakit kerana ia akan mengekalkan kekebalan dalam diri.

Dengan ketawa juga, ia akan melepaskan endorfin ke bahagian otak yang akan membuatkan diri individu terasa tenang dan bahagia. Oleh itu, jika anda terasa tertekan dan murung, cari sesuatu yang boleh membuatkan anda ketawa untuk kembalikan mood untuk menempuh kehidupan seharian anda.

tumblr_ks86n5DIOf1qzcysfo1_500

2. Ketawa dapat mengukuhkan lagi hubungan anda

Secara amnya, ketawa juga dapat mengukuhkan lagi hubungan seseorang itu. Jangan menjadi individu yang mengeluarkan tenaga negatif yang datang bersama tekanan sebaliknya jadilah individu yang melepaskan tenaga positif dan ketawa yang boleh melibatkan dua orang dalam waktu yang sama.

Menggabungkan ketawa dalam hidup anda boleh meningkatkan serta menguatkan lagi kualiti dalam perhubungan anda. Secara tidak lansung ia juga akan meningkatkan kualiti masa dalam semua aspek kehidupan.

3. Ketawa boleh mengubah persepsi dalam kehidupan

Individu yang kerap ketawa dapat mengubah serta menukar pandangan dan perspektif dalam kehidupan. Ia akan memberikan skop yang lebih meluas dan membuatkan seseorang itu lebih bebas dan berfikiran terbuka mengenai sesuatu perkara. Ia juga akan menghentikan seseorang itu berfikir secara keterlaluan mengenai masalah kecil.

Ketawa sehingga sakit perut dengan pantas dapat merehatkan seluruh tubuh badan dan menenangkan tekanan dan ketegangan yang ada.

tumblr_mh25leP7CW1rh41gto1_500

4. Ketawa akan membuatkan anda lebih tertarik

Individu yang sering tersenyum dan ketawa lazimnya lebih menarik dan menawan berbanding individu yang selalu murung dan marah.

Ketawa juga mempunyai kecendurungan dalam mengurangkan ketegangan serta keganjilan dalam sesetengah situasi. Jadi, jangn bimbang untuk memulakan jenaka jika anda keluar untuk janji temu yang pertama kelak.

Ia dapat memberi insprasi, motivasi dan apa yang penting dapat membuat mereka ketawa. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Elite Daily

Tags: kebaikanketawa
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hayden Panettiere Dapatkan Rawatan Atasi Penyakit Meroyan

Next Post

Perpaduan Penting Untuk Transformasi Negara

Related Posts

Lelaki Maut Ketika Sedang Bergurau Dengan Adiknya

19/01/2016
0

SEORANG lelaki maut selepas kereta yang dipandunya merempuh dinding ketika sedang bergurau dengan adiknya. Martin Smith terbunuh apabila kereta yang...

Gantung Baju Sejuk Di Tiang Lampu Untuk Gelandangan

23/12/2015
0

SEKUMPULAN kanak-kanak di Kanada mengambil inisiatif menyebarkan kebaikan kepada golongan yang tidak berkemampuan. Sempena perayaan Krismas yang bakal disambut tidak...

Next Post

Perpaduan Penting Untuk Transformasi Negara

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd