• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kadar Tol Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth Naik Khamis

oleh Ahmad Albab
13/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kadar tol di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) akan dinaikkan antara 10 sen hingga RM1.60 berkuatkuasa 15 Okt (Khamis) ini.

Syarikat konsesi lebuh raya berkenaan, Syarikat Lingkaran Luar Butterworth (PG) Sdn. Bhd. mengumumkan kadar tol baharu itu hari ini, yang melibatkan tiga plaza tol iaitu Perai, Bagan Ajam dan Sg Nyior.

Pengurus Besar (Operasi) syarikat itu Adnan Ariffin berkata kadar baharu itu melibatkan kenderaan Kelas 1 hingga 4, manakala Kelas 5 iaitu bas tiada perubahan.

Adnan dalam satu kenyataan berkata kadar tol baharu di Plaza Tol Perai dan Bagan Ajam masing-masing adalah RM1.50 bagi Kelas 1, RM3 (Kelas 2), RM4.50 (Kelas 3) dan 80 sen (Kelas 4).

“Kadar tol bagi Kelas 5 di Plaza Tol Perai dan Bagan Ajam dikekalkan iaitu masing-masing RM1.30 dan RM1.20,” katanya.

Bagi Plaza Tol Sungai Nyior pula, RM1.20 bagi Kelas 1, RM2.40 (Kelas 2), RM3.60 (Kelas 3), 60 sen (Kelas 4) dan Kelas 5 masih kekal 90 sen.

Kelas 1 adalah untuk kereta persendirian, Kelas 2 bagi kenderaan yang mempunyai dua gandar dengan lima atau enam tayar, Kelas 3 kenderaan yang mempunyai tiga gandar dengan enam tayar dan lebih, Kelas 4 teksi dan Kelas 5 untuk bas. – BERNAMA

Tags: Kenaikan TolLebuhrayaLebuhraya Lingkaran Luar Butterworth
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya Pan Borneo Dijangka Siap Lima Tahun Lagi

22/05/2022
0

Lebuhraya Pan Borneo, termasuk laluan dikenali sebagai Lebuhraya Trans Borneo yang menghubungkan Sarawak dan Sabah, dijangka akan siap sepenuhnya dalam...

Kenderaan Bertambah, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak Sesak 30KM

01/05/2022
0

SHAH ALAM - Trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) merekodkan kesesakan sejauh 30.7 kilometer (KM) bermula dari Plaza Tol Gombak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd