• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kadar Tol Beberapa Lebuhraya Naik Harga Mulai Khamis

oleh AK-47
14/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYELARASAN struktur kadar tol mulai 15 Oktober ini, menyaksikan peningkatan kadar tol di beberapa lebuhraya di Malaysia.

Lebuhraya LATAR mengumumkan, kadar tol baharu bagi Plaza Tol Ijok, Kuang Timur, Kuang Barat dan Taman Rimba Templer mulai 12.01 tengah malam, Khamis ini adalah antara 70 sen hingga RM5.

Bagi Lebuh Raya Maju (MEX) yang dikendalikan oleh Maju Expressway Sdn Bhd pula, kadar tol akan dinaikkan antara 20 sen dan RM3.

Sementara itu kadar tol di Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) juga naik antara 70 sen hingga RM1.40 manakala kadar bayaran di terowong SMART juga naik kepada RM3.

Manakala Plaza Tol Gombak dan Bentong di Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak (KLK) di bawah kendalian ANIH Berhad, diumumkan naik antara 30 sen dan RM3.

Bagi laluan Kajang di Lebuh Raya SILK pula kadar tol akan dinaikkan antara 40 sen dan RM2.40 manakala di Lebuhraya Baru Pantai (NPE) kadar bayaran juga naik antara 40 sen hingga RM2.10.

Konsortium Lebuhraya Utara-Timur Tol turut mengumumkan, berlaku kenaikan kadar tol antara 30 sen dan RM1 di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE).

Sementara itu kadar tol naik antara 10 sen dan RM2 di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS). Namun bagaimanapun kadar tol di semua lapan lebuh raya kendalian PLUS kekal.

Pengendali lebuh raya, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) juga mengumumkan penyelarasan struktur kadar baru tol di konsesi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA). – MYNEWSHUB.CC

(Berita lanjut menyusul)

unnamed

Tags: Lebuhraya BESRAYALebuhraya DukeLebuhraya Kajang-SILKLebuhraya KLKlebuhraya LATARLebuhraya LEKASLebuhraya MEXLebuhraya NPELebuhraya PLUSTerowong SMARTTol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

18/12/2025
0

Kuala Lumpur: Mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026, kata Menteri...

‘Adakah Kerajaan Negeri, Pusat Luluskan Kutipan Tol Di Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta?’ – MCW

‘Adakah Kerajaan Negeri, Pusat Luluskan Kutipan Tol Di Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta?’ – MCW

14/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Jalan raya yang digunakan orang awam tidak boleh dikenakan tol secara unilateral oleh pihak swasta, kata Presiden Pemerhati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd