• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kadar Tol Baharu Di Lebuhraya Senai-Desaru Khamis Ini

oleh Ahmad Albab
12/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Senai-Desaru Expressway Berhad hari ini mengumumkan kadar tol baharu bagi pengguna Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) yang akan berkuatkuasa Khamis ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Mustaza Salim berkata kenaikan di empat plaza tol keluar di SDE iaitu Plaza Tol Senai, Ulu Tiram, Cahaya Baru dan Penawar itu melibatkan kenderaan kelas satu hingga empat dengan kadar purata 80 sen sehingga RM4.70, manakala kenderaan kelas lima tiada penyelarasan.

“Kenderaan kelas satu iaitu kereta akan mengalami kenaikan dari 80 sen hingga RM2.30, kelas kedua iaitu lori kurang daripada satu tan mengalami kenaikan dari RM1.20 hingga RM3.50, kenderaan kelas tiga iaitu lori besar dan treler pula naik dari RM1.50 hingga RM4.70, manakala kenderaan jenis kelas empat iaitu teksi pula mengalami kenaikan 40 sen hingga RM1.20,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Mustaza berkata pengguna Kelas 1 yang keluar di Plaza Tol Senai akan dikenakan bayaran sebanyak RM4.50 jika masuk dari Plaza Tol Ulu Tiram, RM9.20 jika masuk dari Plaza Tol Cahaya Baru dan RM13.50 jika masuk dari Plaza Tol Penawar.

Manakala beliau menambah, bagi Kelas 2 pula, bayaran tol adalah sebanyak RM6.80 jika masuk dari Plaza Tol Ulu Tiram, RM13.80 jika masuk dari Plaza Tol Cahaya Baru dan RM20.20 jika masuk dari Plaza Tol Penawar.

Beliau berkata Kelas 3 pula akan dikenakan bayaran RM9 jika masuk dari Plaza Tol Ulu Tiram, RM18.40 dari Plaza Tol Cahaya Baru dan RM27 dari Plaza Tol Penawar, manakala Kelas 4 dikenakan bayaran RM2.30 dari Plaza Tol Ulu Tiram, RM4.60 dari Plaza Tol Cahaya Baru dan RM6.80 dari Plaza Tol Penawar.

Menurut Mustaza, pengguna Kelas 1 yang keluar di Plaza Tol Ulu Tiram pula dikenakan bayaran RM4.50 jika masuk dari Plaza Tol Senai, RM5.60 dari Plaza Tol Cahaya Baru dan RM9.90 dari Plaza Tol Penawar, sementara Kelas 2 pula dikenakan bayaran RM6.80 jika masuk dari Plaza Tol Senai, RM8.50 dari Plaza Tol Cahaya Baru dan RM14.90 dari Plaza Tol Penawar.

Katanya pengguna Kelas 3 pula dikenakan bayaran RM9 jika masuk dari Plaza Tol Senai, RM11.30 dari Plaza Tol Cahaya Baru dan RM19.90 dari Plaza Tol Penawar manakala Kelas 4 dikenakan bayaran RM2.30 jika masuk dari Plaza Tol Senai, RM2.80 dari Plaza Tol Cahaya Baru dan RM5 dari Plaza Tol Penawar.

“Bagi yang keluar di Plaza Tol Cahaya Baru, pengguna Kelas 1 akan dikenakan bayaran RM9.20 jika masuk dari Plaza Tol Senai, RM5.60 dari Plaza Tol Ulu Tiram dan RM7.20 dari Plaza Tol Penawar manakala Kelas 2 dikenakan RM13.80 dari Plaza Tol Senai, RM8.50 dari Plaza Tol Ulu Tiram dan RM10.80 dari Plaza Tol Penawar.

“Kelas 3 pula dikenakan RM18.40 dari Plaza Tol Senai, RM11.30 dari Plaza Tol Ulu Tiram dan RM14.40 dari Plaza Tol Penawar manakala Kelas 4 dikenakan RM4.60 dari Plaza Tol Senai, RM2.80 dari Plaza Tol Ulu Tiram dan RM3.60 dari Plaza Tol Penawar,” katanya.

Mustaza berkata bagi yang keluar di Plaza Tol Penawar pula, pengguna Kelas 1 akan dikenakan bayaran RM13.50 dari Plaza Tol Senai, RM9.90 dari Plaza Tol Ulu Tiram dan RM7.20 dari Plaza Tol Cahaya Baru.

Sementrara itu katanya, Kelas 2 pula dikenakan RM20.20 dari Plaza Tol Senai, RM14.90 dari Plaza Tol Ulu Tiram dan RM10.80 dari Plaza Tol Cahaya Baru.

Bagi pengguna Kelas 3 pula, mereka akan dikenakan bayaran RM27 dari Plaza Tol Senai, RM19.90 dari Plaza Tol Ulu Tiram dan RM14.40 dari Plaza Tol Cahaya Baru, manakala Kelas 4 pula dikenakan bayaran RM6.80 dari Plaza Tol Senai, RM5 dari Plaza Tol Ulu Tiram dan RM3.60 dari Plaza Tol Cahaya Baru. – BERNAMA

Tags: Kenaikan TolLebuhraya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya Pan Borneo Dijangka Siap Lima Tahun Lagi

22/05/2022
0

Lebuhraya Pan Borneo, termasuk laluan dikenali sebagai Lebuhraya Trans Borneo yang menghubungkan Sarawak dan Sabah, dijangka akan siap sepenuhnya dalam...

Kenderaan Bertambah, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak Sesak 30KM

01/05/2022
0

SHAH ALAM - Trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) merekodkan kesesakan sejauh 30.7 kilometer (KM) bermula dari Plaza Tol Gombak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd