Wednesday, September 18, 2024

Creating liberating content

Huru-Hara Dijangka Wujud Di...

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak menolak kemungkinan akan wujud kumpulan...

Ketua Pembangkang India Akan...

KUALA LUMPUR ā€“ Lebih 500 orang dijangka menghadiri Pertemuan Belia India Malaysia...

Insiden Pekerja Humban Basikal,...

TULAR hari ini apabila salah seorang penumpang syarikat penerbangan terkenal, Air Asia membuat...

Pengunjung Pub Mati Ditetak...

JOHOR BAHRU - Seorang pengunjung pub mati ditetak manakala rakannya berjaya menyelamatkan diri...

Jurukamera TV3 Maut Kemalangan Di LPT

KUANTAN – Seorang jurukamera TV3 maut setelah motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya terbabas di Kilometer 156 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuantan, Khamis malam.

Menurut jurucakap polis, mangsa Nor Azman Jumahat, 41, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada hampir seluruh badan termasuk patah tangan dan kaki dalam nahas kira-kira 9 malam itu.

“Siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa yang ketika itu dari Kuala Lumpur ke Kuantan dipercayai terbabas sebelum melanggar penghadang jalan di sebelah kiri jalan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Akibat kejadian itu, mangsa yang berasal dari Binjai, Kemaman, Terengganu mengalami kecederaan parah termasuk di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian, katanya.


Difahamkan mangsa yang juga dikenali sebagai ‘Man J’ dalam kalangan rakan media ketika itu baru selesai bertugas, dan dalam perjalanan pulang untuk berjumpa keluarga di Kuantan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Daerah Jengka untuk bedah siasat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori