• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jurukamera Tendang Pelarian Syria Mahu Saman Mangsa

oleh AK-47
23/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG jurukamera wanita warga Hungary yang kehilangan kerja selepas mencetuskan kemarahan seluruh dunia kerana menendang seorang lelaki pelarian Syria yang sedang mendukung anaknya, bakal berpindah ke Rusia.

BACA: Cristiano Ronaldo Bawa Anak Pelarian Syria Ke Padang Bola

Petra Laszlo dikatakan bakal berbuat demikian setelah kes perbicaraan selesai kerana berasa terancam tinggal di Hungary.

Selain itu, Laszlo yang merupakan bekas kakitangan stesen N1TV bakal menyaman pelarian Syria yang ditedangnya, Osama Abdel Mohsen Alghadab.

A migrant carrying a child falls after tripping on a TV camerawoman while trying to escape from a collection point in Roszke village, Hungary

Osama Abdel Mohsen Alghadab
Osama Abdel Mohsen Alghadab

Memetik laporan akhbar Rusia, Laszlo memberitahu, tindakan itu bakal diambil ekoran pelarian Syria tersebut telah menukar keterangannya kerana pada awalnya Osama menyalahkan pihak polis.

Dia juga bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Facebook, susulan tidak membuang laman page yang mengancam dan mengutuknya menerusi laman tersebut.

Pada 8 September lalu, Laszlo dirakam menendang beberapa pelarian Syria termasuk Osama ketika mereka sedang melarikan diri dari pihak polis di sempadan Röszke, Serbia.

Akibat tindakan biadapnya itu, dia dicemuh seluruh dunia dan menghadapi tuduhan jenayah di bawah dakwaan melanggar keamanan.

Laszlo juga dikatakan adalah penyokong kuat parti Jobbik di Hungary, di mana salah satu ideologi penubuhan parti tersebut adalah menentang kemasukan migran.

Sebelum ini Laszlo mendakwa, tindakan itu dilakukan kerana dia panik dengan keadaan yang berlaku ketika itu. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

[youtube http://www.youtube.com/watch?v=KMgcpqrcKkI]

Tags: pelarian Syria
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Musibah Ditusuk Dingin

11/12/2018
0

QABASIN, SYRIA - Terselamat daripada perang namun maut akibat kesejukan. Itu antara nasib menimpa pelarian Syria berikutan tidak mempunyai pakaian...

Trump Tarik Diri Krisis Di Syria

31/03/2018
0

FLORIDA - Presiden Donald Trump dilapor memberitahu penasihatnya bahawa beliau mahu menarik balik penyertaan tentera Amerika Syarikat dari Syria dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd