• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jemaah Malaysia Mesti Patuhi Peraturan Tabung Haji Pada Musim Haji

oleh Ahmad Albab
02/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGKAI – Semua jemaah haji Malaysia yang bakal mengerjakan ibadah itu pada musim Haji mesti mematuhi semua peraturan yang ditetapkan Tabung Haji (TH) bagi mengelak mereka terlibat dalam sebarang insiden di Tanah Suci itu, seperti tragedi rempuhan di Mina pada musim haji baru-baru ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata semua jemaah perlu sedar tentang pentingnya mematuhi peraturan TH yang amat ditekankan oleh lembaga itu.

“Walaupun hasil siasatan (tragedi Mina) belum diumumkan kerajaan Arab Saudi, tetapi gambaran awal menunjukkan antara punca insiden rempuhan itu ialah jemaah tidak mengikut peraturan.

“Jika jemaah haji mengikut laluan dan peraturan yang ditetapkan, tidak akan berlaku masalah atau perkara yang di luar kawalan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Ijtima’ Pegawai Runding Cara dan Fasilitator Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK) Jabatan Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia 2015 di sini, Jumaat.

Beliau berkata semalam, laporan akhbar luar negara turut menyatakan bahawa negara-negara Islam lain harus mencontohi Malaysia yang dianggap sebagai negara terbaik dalam melaksanakan pengurusan jemaah haji menerusi TH.

“Kita dalam konteks terbaik apabila hanya seorang rakyat Malaysia terlibat dalam tragedi rempuhan di Mina. Secara umumnya, pihak TH amat menekankan aspek peraturan dan disiplin jemaah haji,” katanya.

Pada 10 Zulhijjah (24 Sept lepas), seramai 717 jemaah haji terkorban termasuk seorang jemaah Malaysia dalam kejadian rempuhan itu yang berlaku di kawasan perkhemahan jemaah negara-negara Arab, yang terletak kira-kira empat kilometer daripada perkhemahan jemaah Malaysia.

Jemaah Malaysia yang terkorban ialah Zulkifly Samad, 50, yang beralamat di Taman Ukay Bistari, Ampang, Selangor. Allahyarham berasal dari Johor.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi berkata Unit Runding Cara PKKSK akan dinaik taraf menjadi Bahagian Runding Cara bagi memperkasakan lagi fungsi, peranan, perjawatan dan profesionalisme pegawai runding cara.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam berusaha mengetengahkan pendekatan yang benar-benar dapat membantu menangani keperluan dan masalah masyarakat,” katanya.

Seramai 130 pegawai runding cara dan fasilitator dari seluruh Malaysia menyertai program berkenaan. – BERNAMA

Tags: Asyraf Wajdijemaah haji
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Berkas 9 Orang Termasuk Seorang Wanita Bersabit Dadah

Next Post

Erin Malek Selamat Bersalin Anak Pertama, Tapi…

Related Posts

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 182 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam dan kelmarin,...

‘UMNO Tiada Kaitan Dengan Wang Tunai, Jongkong Emas Dirampas SPRM’ – Asyraf Wajdi

‘UMNO Tiada Kaitan Dengan Wang Tunai, Jongkong Emas Dirampas SPRM’ – Asyraf Wajdi

06/03/2025
2

KUALA LUMPUR: UMNO menegaskan, parti itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penemuan sejumlah besar wang tunai dan jongkong emas di...

Next Post

Erin Malek Selamat Bersalin Anak Pertama, Tapi...

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd