• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Layak Ke Suku Akhir Piala Malaysia 2015

oleh Ahmad Albab
25/10/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi pasukan kedua selepas Selangor yang berjaya mengesahkan tiket ke peringkat suku akhir saingan Piala Malaysia 2015.

Kemenangan selesa 3-0 yang dicatat oleh skuad Harimau Selatan ke atas Sarawak di Stadium Negeri malam tadimenyaksikan mereka meraih 12 mata maksimum, sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah dalam empat perlawanan, dengan baki dua perlawanan.

Kekalahan tersebut pula menyaksikan persaingan untuk merebut satu lagi slot suku akhir dalam kumpulan B kembali terbuka antara Sarawak dan dua lagi pasukan iaitu Perak dan Angkatan Tentera Malaysia yang berkongsi tiga mata.

Pada aksi malam ini, JDT berjaya membuka tirai jaringan seawal minit ke-14 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh penyerang kebangsaan, Mohd Safee Sali.

Pengadil Syed Azahar Syed Kamar memberikan sepakan penalti kepada pasukan pelawat selepas Mohd Amri Yahyah dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh pemain tuan rumah dan keputusan 1-0 itu kekal sehingga babak pertama perlawanan.

Bersambung separuh masa kedua, JDT terpaksa menanti pada minit ke-79 untuk meraih gol kedua menerusi pemain antarabangsa Singapura, Hariss Harun yang menanduk masuk hantaran silang daripada Mahali Jasuli.

Kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim yang masuk pada pertengahan babak kedua memastikan tiga mata penuh menjadi milik JDT apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-88.

Sarawak, yang turun tanpa ketua pasukan, Joseph Kalang Tie yang digantung perlawanan, turut melakukan beberapa percubaan ke pintu gol JDT namun ketumpulan penyudah jentera serangan menyaksikan mereka gagal menjaringkan sebarang gol. – BERNAMA

Tags: JDTPiala Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan dominasi apabila mencatat rekod tanpa kalah dalam 25 perlawanan Piala Malaysia...

JDT Penuhi Impian Rakyat Kelab Malaysia Bersaing di Pentas Antarabangsa – Akmal

JDT Penuhi Impian Rakyat Kelab Malaysia Bersaing di Pentas Antarabangsa – Akmal

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengucapkan tahniah kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd