• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Pertikai Penggunaan SOSMA – Rais

oleh Ahmad Albab
16/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jangan pertikai penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) SOSMA 2012, kata Penasihat Sosiobudaya kerajaaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim.

Beliau berkata SOSMA 2012 diwujudkan sebagai langkah pencegahan demi keselamatan negara dan ia adalah hak mutlak peguam negara untuk melakukan pendakwaan kepada mereka yang disyaki melakukan kesalahan di bawah akta tersebut.

“Pada tahun 1970-an dan 1980-an dulu, ada kes disiasat di bawah akta yang sama seperti SOSMA, iaitu Peraturan-peraturan Perlu Kes-kes Keselamatan (Pindaan) 1975 (ESCAR).

“Kes bunuh membabitkan bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Mokhtar Hashim, adalah antara kes yang disiasat di bawah ESCAR dahulu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bas Yayasan Warisan Negara untuk kegunaan pelukis Ismail Embung di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini bahawa penahanan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam beliau, Matthias Chang, mengikut SOSMA merupakan penyalahgunaan serta tidak menghormati undang-undang.

Rais berkata Malaysia merupakan sebuah negara yang demokratik dan semua mempunyai hak untuk memberikan pendapat ‘demi kesejahteraan negara dan intergriti sistem politik’.

Kerajaan juga mempunyai hak untuk menjawab sebarang soalan yang dikemukakan serta dakwaan terhadapnya.

“Saya akan mencadangkan agar kerajaan menjawab semua isu secara sistematik dan paling penting mengeluarkan kenyataan rasmi dengan maklumat terperinci dengan cepat untuk menjelaskan sebarang isu tanpa melibatkan banyak pihak yang boleh memburukkan lagi keadaan,” kata Rais.

Mengenai Bas Yayasan Warisan Negara itu, beliau berkata ia akan digunakan untuk mempromosi lukisan Ismail ke seluruh negara.

“Ismail pernah menjadi ‘pelukis tamu’ di Balai Seni Visual Negara, karyanya banyak berkisar kepada pemimpin negara dan sejarah ketamadunan Melayu, sumbangannya dalam seni lukisan sangat bernilai kepada negara,” tambahnya. – BERNAMA

Tags: Rais YatimSOSMA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Masalah Pinda Akta MARA Selagi Hak Bukan Bumiputera Tidak Terjejas, Terancam – Lim Guan Eng

Tiada Masalah Pinda Akta MARA Selagi Hak Bukan Bumiputera Tidak Terjejas, Terancam – Lim Guan Eng

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng mengingatkan sebarang pindaan terhadap Akta Majlis Amanah Rakyat (MARA) 1966 tidak boleh...

SOSMA: Penambahbaikan Bagi Imbangi Keselamatan Negara, Hak Asasi Individu

SOSMA: Penambahbaikan Bagi Imbangi Keselamatan Negara, Hak Asasi Individu

19/02/2025
0

KUALA LUMPUR - Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd