• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Guna Alasan Kenaikan Tol Naikkan Harga Barang

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Para peniaga tidak wajar menggunakan alasan kenaikan kadar tol untuk menaikkan harga barangan sesuka hati, demikian tegas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainuddin.

Ini kerana kenaikan kadar tol itu hanya melibatkan lebuh raya tertentu khususnya di sekitar Lembah Klang, katanya.

“Kenaikan ini bukan semua tol, tapi hanya lebuh raya dalam bandar sahaja. Berapa banyak lori yang pakai lebuh raya ini.

“Jadi kenapa dia (peniaga) nak naikkan harga barang. Berapa peratus sahaja lebuh raya yang naik, dia kena buat kiraan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pra-pelancaran ‘Hari Pengguna Kebangsaan 2015’ dan ‘Kempen Cintai Buatan Malaysia’ di sini, hari ini.

Beberapa syarikat konsesi lebuh raya utama di Lembah Klang mengumumkan kenaikan kadar tol antara 10 sen dan RM6 berkuat kuasa Khamis ini.

Ia melibatkan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Kajang-SILK, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (SMART).

Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT) dan Lebuhraya Cheras-Kajang (GRAND SAGA).

Hamzah turut menegaskan bahawa kenaikan kadar tol sebenarnya bertujuan membolehkan kerajaaan menyediakan lebih banyak bantuan serta kemudahan kepada rakyat pada masa akan datang. – BERNAMA

Tags: Harga BarangKenaikan TolKPDNKK
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Akmal Saleh Persoal Kenaikan Gaji Minimum Tidak Menyeluruh, Bimbang Harga Barang Naik: ‘Siapa Sebenarnya Yang Akan Bayar?’

Akmal Saleh Persoal Kenaikan Gaji Minimum Tidak Menyeluruh, Bimbang Harga Barang Naik: ‘Siapa Sebenarnya Yang Akan Bayar?’

10/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mempersoalkan cadangan kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000...

Kenaikan Gaji Minimum RM2,000: Netizen Mula Luah Kebimbangan Harga Barang, Kos Sara Hidup Turut Melonjak

Kenaikan Gaji Minimum RM2,000: Netizen Mula Luah Kebimbangan Harga Barang, Kos Sara Hidup Turut Melonjak

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan mulai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd