Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

SPRM Belum Siasat 101...

MELAKA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini belum membuka kertas siasatan...

2 Lelaki Tempatan Ditahan...

MIRI - Dua lelaki rakyat tempatan serta 13 pendatang asing tanpa izin (PATI)...

Bapa 3 Anak Diperdaya...

GEORGE TOWN - Seorang bapa beranak tiga diperdaya oleh sindiket penipuan wang dan...

Belanjawan 2023: Insentif PTPTN...

PETALING JAYA – Insentif kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang...

Isu TPPA: Malaysia Berjaya Pertahan Kedaulatan

KETIKA ada pihak tertentu cuba memutar belit fakta konon Malaysia ‘menggadai’ maruahnya menerusi Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), hakikat sebenar kerajaan negara kita tetap mempertahankan kedaulatannya.

Terbaharu pihak perunding kerajaan Amerika Syarikat (AS) dilaporkan terpaksa ‘mengalah’ apabila akur untuk tunduk kepada beberapa tuntutan oleh Malaysia sebelum bersetuju memuktamadkan TPPA lewat Isnin.

Berita gembira itu diumumkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam satu kenyataan mutakhir sekali gus menyifatkan ia mencipta sejarah kerana lebih ‘menyebelahi’ Malaysia.

Beberapa menteri negara terlibat bersama semua ketua perunding masing-masing dilaporkan bekerja tanpa henti sejak 30 September selepas rundingan peringkat ketua perunding mesyuarat dijalankan pada 26 September lalu.

Hasil perbincangan itu berlangsung sepanjang masa dan terkini di Atlanta, AS yang turut dihadiri oleh Mustapa sendiri sebelum beliau bergegas mengiringi lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Itali.

Meskipun berada di luar AS, Mustapa masih tetap memantau setiap butiran terperinci perundingan TPPA itu yang melibatkan kepentingan Malaysia sebelum melaporkan terus kepada Najib untuk makluman tindakan selanjutnya.

Malaysia ujar Mustapa, sebenarnya telah meraih beberapa konsesi yang meng­untungkan daripada negara-negara terlibat dalam TPPA menerusi perbincangan paling ‘panas’ diadakan di Atlanta yang berakhir lewat Isnin.

TPPcountriesmap

Tegas beliau, pihak-pihak terlibat bersetuju untuk mengambil kira hampir semua kebimbangan dan sensitiviti Malaysia terutamanya dalam bidang perolehan kerajaan, syarikat milik kerajaan (GLC) dan isu-isu bumiputera.

Justeru tambah Mustapa, unsur-unsur kelonggaran terus diberikan kepada Malaysia termasuk tempoh peralihan lebih lama dan layanan berbeza untuk perkara-perkara sensitif jika melibatkan negara ini berbanding negara lain.

Beliau menegaskan, Malaysia tidak akan terlibat dalam perjanjian tersebut jika ia melanggar perlembagaan negara atau menjejaskan dasar-dasar teras yang dimulakan oleh kerajaan untuk memberi manfaat kepada rakyat.


“Sama ada Malaysia menandatangani TPPA hanya akan diputuskan selepas perbincangan penuh dan luas di dalam negara. Biar saya tegaskan bahawa sama ada Malaysia terlibat dalam TPPA, ia akan menjadi keputusan kolektif.

“Apabila teks lengkap dan rasmi perjanjian itu disediakan, ia akan berada dalam domain awam dan dibentangkan di Parlimen untuk perbahasan secara terbuka oleh semua penggubal undang-undang termasuk pembangkang.

“Kami juga akan me­ngadakan siri rundingan penuh dengan pihak-pihak yang berkepentingan dan orang ramai bagi mendapatkan maklum balas lebih terperinci,” katanya dalam satu kenyataan rasmi diedarkan lewat Isnin.

Mustapa berkata, perundingan berhubung TPPA yang mencapai persetujuan di Atlanta pada lewat Isnin itu menandakan sebagai tamatnya rundingan perjanjian berkenaan yang sudah pun bermula sejak 2010.

Negara-negara rantau Asia Pasifik yang dipilih untuk terlibat dalam TPPA itu dengan pihak AS sendiri ialah Australia, Brunei, Chile, Jepun, Kanada, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam.

Mustafa berkata: “Dalam perja­lanan rundingan, saya telah mengambil bahagian secara aktif dari 30 September sehingga 1 Oktober lalu, malah saya berkomunikasi secara berterusan dengan Perdana Menteri.

“Ini membolehkan saya dapat mengemas kini terus kepada beliau mengenai kemajuan terkini serta mencari petunjuk baharu dan mandat untuk memastikan kedudukan dan kepentingan Malaysia tetap dilindungi.

“Walaupun selepas saya mening­galkan Atlanta untuk penugasan rasmi di Milan, Itali dan Istanbul, Turki; saya terus memantau semua perbincangan dan sentiasa berunding dengan Perdana Menteri.

“Semua butiran rundingan tersebut di samping disampaikan bimbing­an beliau serta-merta kepada ketua perunding kami dan pasukannya yang berada di Atlanta,” tegas beliau. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori