• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

iPhone 6S Plus Dijual 3 Kali Mahal Daripada Harga Kos

oleh
09/10/2015
dalam Gajet
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Telefon pintar skrin lebar iPhone 6S Plus yang dilancarkan firma terkenal Apple pada September lalu, hanya diperbuat daripada komponen yang jika dijumlahkan harganya baharu mencecah AS$236 (RM1,017).

Anehnya, pengeluar antarabangsa itu menetapkan harga jualan runcit di pasaran Amerika Syarikat (AS) sebagai tanda aras untuk seluruh dunia pada AS$749 (RM3,229); hampir tiga kali ganda lebih mahal daripada harga kos.

Perkara tersebut dilaporkan media tempatan baru-baru ini hasil pembongkaran oleh sebuah syarikat penganalisis teknologi maklumat terkenal yang berpusat di Colorado, AS dan ditubuhkan sejak 1959, IHS Technology Inc.

Berdasarkan kajian syarikat itu yang mempunyai 8,800 pekerja di 31 buah negara, gajet pintar keluaran Apple cuma diperbuat daripada bahan biasa yang sering diguna pakai pihak industri pengeluar komponen elektronik.

Komponen termurah misalnya menurut IHS iaitu bahan simpanan flash kira-kira AS$0.35 (RM1.50) per gigabyte (GB), namun untuk kapasiti 64 GB, Apple didapati menetapkan AS$17 (RM73) lebih mahal daripada harga 16 GB.

Bayangkanlah di pasaran, pemborong Apple dikesan boleh menjual iPhone 6S Plus dengan kapasiti 64 GB pada harga runcit AS$100 (RM431) lebih mahal berbanding model biasa untuk penyimpanan flash hanya 16 GB.

lead-iphone6plus

*Harga komponen iPhone 6S Plus yang lebih terperinci boleh dilihat melalui tautan berikut ini.

Di samping itu IHS mendapati, Apple membelanjakan kos AS$52.5 (RM226) untuk lapisan sentuh iPhone 6S Plus yang mampu peka tekanan dengan ciri-ciri terbaharu 3D Touch walhal harga kos sebenarnya cuma AS$10 (RM43).

Analisis harga terperinci yang dilakukan oleh IHS Technology bagaimanapun didapati mempunyai beberapa kelemahan tertentu dan perkara berkenaan turut diakui oleh Pengarah Penyelidik Kanannya, Andrew Rassweile.

“Laporan analisis ini memang tidak memasukkan kos untuk harga asas lain yang mungkin terlibat, seperti caj untuk penghantaran material, aktiviti penyelidikan, pengembangan komersial dan pemasaran,” ujar beliau.

Sekiranya ditolak habis semua faktor pemboleh ubah tersebut untuk menghasilkan satu unit iPhone 6S Plus, maka Apple sebenarnya sudah pun boleh mendapat keuntungan bersih secara ‘atas kertas’ kira-kira AS$515 (RM2,220).

Namun apa yang menarik, analisis IHS tersebut memberikan pemahaman, berapakah kos asal yang dikeluarkan oleh Apple untuk membeli setiap komponen dalam pembuatan iPhone 6S Plus. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: applegajetiPhoneiphone 6s
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Aww.. Nakal, Lampu Bentuk Punggung Ini ‘Suka’ Ditepuk

Next Post

Bicara Kes Saman Fitnah Mustapa Mohamed Bulan Depan

Related Posts

Indonesia Larang Apple Jual iPhone 16

Indonesia Larang Apple Jual iPhone 16

28/10/2024
0

JAKARTA: Indonesia melarang Apple Inc daripada menjual peranti iPhone 16 terbarunya di negara terbesar di Asia Tenggara itu, dengan alasan...

Abang ‘Sado’ Ketagih Curi iPhone Pro Max Terperangkap

Abang ‘Sado’ Ketagih Curi iPhone Pro Max Terperangkap

11/06/2023
0

KULAI: Seorang lelaki berbadan sasa yang menggunakan pelbagai taktik sebelum melarikan iPhone terpakai dari beberapa premis di bandar raya ini,...

Next Post

Bicara Kes Saman Fitnah Mustapa Mohamed Bulan Depan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd