• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Rayu Sumbangan Bantu Kos Pembedahan Anak

oleh Ahmad Albab
30/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIK – Seorang ibu dari Kampung Lubok Tualang, di sini, Noriza Man, 45, merayu sumbangan orang ramai bagi membolehkan pembedahan berkaitan jantung anaknya, Siti Nor Insyirah Jamil berusia 25 bulan, dapat dilakukan segera.

Beliau berkata, anak bongsu daripada sembilan beradik itu mengalami masalah pernafasan sejak dilahirkan di Hospital Sik dan telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk menerima rawatan.

“Tujuh belas hari selepas dilahirkan, Insyirah terpaksa dibedah kerana dia tidak mempunyai saluran dari jantung ke paru-paru untuk membolehkannya bernafas seperti kanak-kanak normal. Malah jantungnya juga berada di sebelah kanan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Menurutnya, anaknya dibedah di Hospital Pulau Pinang yang mana doktor pada mulanya menjangkakan dia hanya mampu hidup selama enam bulan tetapi disebabkan semangat yang kuat anaknya kini sudah berusia lebih dua tahun.

Noriza, seorang suri rumah berkata berat badan Insyirah hanya enam kilogram dan tidak boleh berjalan, namun begitu, petah bercakap seperti kanak-kanak lain.

Katanya kos pembedahan anaknya dijangka mencecah RM40,000 tetapi beliau dan suami, Jamil Man, 56, seorang penoreh getah dengan pendapatan bulanan RM500 tidak mempunyai kemampuan untuk menampung kos itu.

“Insyirah juga perlu membuat pembedahan bagi menggantikan tiub yang berfungsi sebagai saluran, yang sudah mengecut, pada bulan hadapan,” katanya.

Ketika ini katanya, anaknya terpaksa berulang-alik ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani setiap bulan untuk mengambil ubat-ubatannya dan merujuk doktor pakar di Hospital Pulau Pinang setiap dua bulan sekali.

Mana-mana pihak yang ingin menghulurkan bantuan, Noriza boleh dihubungi di talian 019-5691082 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 0211-5290-00185-503. – BERNAMA

Tags: bantuanJantung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Bantuan Untuk Insiden Kebakaran Di Putra Heights Perlu Diselaraskan Dengan MB Selangor, Petronas

Bantuan Untuk Insiden Kebakaran Di Putra Heights Perlu Diselaraskan Dengan MB Selangor, Petronas

04/04/2025
1

Kuala Lumpur: Semua bantuan dan usaha koordinasi yang berkaitan insiden kebakaran di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor perlu diselaraskan supaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd