Monday, March 4, 2024

Creating liberating content

Caj GST Pada Jualan...

OLEH kerana tersilap mengenakan bayaran cukai barangan dan perkhidmatan (GST) terhadap jualan akhbar, rangkaian kedai...

Jurugambar Meninggal Dunia Di...

SEORANG jurugambar media, Gordon Jack meninggal dunia ketika sedang menjalankan tugasnya membuat liputan...

Sambal Tempoyak Ikan Bilis

Bahan bahan:2 genggam ikan bilis- dibersihkan 2 batang serai - dititik 1 senduk tempoyak 1 sudu...

Tragedi Kebakaran Tahfiz, Isesco...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Islam (ISESCO) yang berpangkalan di...

Hospital Kerajaan Perlukan 2,000 Beg Darah Sehari

KUALA LUMPUR – Hospital kerajaan memerlukan kira-kira 2,000 beg darah bagi menampung keperluan seramai 1,000 orang pesakit di seluruh negara pada setiap hari.

Justeru, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, orang ramai digalakkan untuk menderma darah bagi memastikan bekalan darah diperlukan sentiasa mencukupi.

Beliau bagaimanapun menjelaskan bekalan darah di seluruh negara masih pada tahap mencukupi untuk kegunaan semasa bagi semua kumpulan darah A, B, AB dan O setakat ini.

“Kementerian Kesihatan berterima kasih kepada orang ramai yang sudi menjadikan pendermaan darah secara sukarela sebagai satu sumbangan kepada pesakit yang memerlukan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan memantau tren pendermaan dan kegunaan darah sepanjang tahun bagi untuk meningkatkan pengurusan bekalan stok darah.

Menurutnya, ia bagi membantu Perkhidmatan Transfusi Perubatan menjangkakan masa kemungkinan stok bekalan darah bakal menurun seperti pada musim cuti sekolah yang panjang, musim perayaan dan semasa bencana seperti banjir.


“Dengan yang demikian, Perkhidmatan Transfusi Perubatan dapat merencanakan kutipan darah serta melakukan tindakan proaktif seperti promosi pendermaan darah bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan tersebut,” katanya.
Tambahnya, pendermaan darah secara sukarela boleh dilakukan di Pusat Darah Negara, Tabung Darah di hospital-hospital di setiap negeri dan juga melalui Unit Bergerak Kempen Derma Darah.

“Terdapat 140 hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dan 128 daripadanya berfungsi menjalankan kutipan darah.

“Pusat Darah Negara beroperasi setiap hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 7.30 pagi hingga 8 malam manakala Sabtu hingga Ahad dari pukul 8 pagi hingga 4 petang,” katanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori