Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Remaja Guna IG Didik...

SEORANG remaja dari Eropah mendapat idea kreatif dengan memanfaatkan akaun laman sosial Instagramnya...

KFA Naikkan Harga Tiket...

ALOR SETAR - Harga tiket bagi menyaksikan semua perlawanan bola sepak di Stadium...

Gangguan Bekalan Air Sekitar...

KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur yang mengalami gangguan bekalan...

PKPIM Minta Bawa Pulang...

KUALA LUMPUR - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) meminta kerajaan membawa pulang...

Himpunan Kuning, Merah Tidak jejas Pelancongan Negara – Nazri

KUALA LUMPUR – Penganjuran beberapa perhimpunan aman baru-baru ini tidak menjejaskan sektor pelancongan negara, sidang Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata sebaliknya dengan membenarkan perhimpunan berkenaan, ia secara tidak langsung telah menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia adalah negara yang benar-benar berpegang kepada prinsip demokrasi.

“Jangan selalu merasakan satu perkara itu ada impak negatif kepada negara. Dalam kita hendak menuju negara maju pada 2020, kebebasan melahirkan pendapat tidak boleh disekat. Kita juga telah terima piagam kebebasan akhbar, itu juga kita tidak boleh tarik balik, tapi kenalah adil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) yang ingin tahu mengenai impak demonstrasi jalanan yang dianjurkan beberapa pihak, kepada industri pelancongan negara.

Merujuk kepada perhimpunan Bersih 4 pada Ogos dan Himpunan Rakyat Bersatu atau dikenali sebagai Himpunan Baju Merah yang diadakan pada September lepas, Mohamed Nazri secara berseloroh berkata liputan media meluas, termasuk daripada media antarabangsa secara tidak langsung telah mempromosi Malaysia.

“Terima kasih kepada Al-Jazeera, CNN, BBC kerana setiap jam menunjukkan perhimpunan baju kuning (Bersih). Dengan liputan yang dibuat, kita dapat iklan dengan nilai berbilion ringgit, sekali gus dapat kita jimatkan kos iklan mempromosikan Malaysia,” kata Mohamed Nazri.

Terdahulu ketika menjawab soalan Loke Siew Fook (DAP-Seremban), beliau mengakui jumlah kehadiran pelancong asing bagi tempoh Januari hingga Jun lalu menurun sebanyak 9.4 peratus kepada 12.56 juta orang, berbanding 13.9 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.


Katanya antara faktor penuruan itu termasuk lanjutan insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, peruntukan yang kurang berbanding program Tahun Melawat Malaysia 2014, kesan bencana banjir di Pantai Timur dan kegawatan ekonomi dibeberapa negara pasaran seperti Eropah.

“Tahun 2014 merupakan Tahun Melawat Malaysia di mana lebih besar peruntukan diberikan untuk meningkatakn promosi, justeru jika perbandingan dibuat untuk 2013, pencapaian setengah tahun 2015 itu, masih menunjukkan peningkatan 0.1 peratus dengan ketibaan 12.55 juta pelancong asing,” katanya.

Mohamed Nazri berkata kementerian telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi merancakkan kemasukan pelancong terutama daripada China dengan mempromosikan negara melalui media sosial, mengguna pakai acara penting dalam negara dan memperkenalkan pakej insentif istimewa yang memberi fokus kepada percutian premium.

Menjawab cadangan Loke agar kementerian melantik penyanyi tempatan Shila Amzah yang popular di China sebagai duta pelancongan bagi menaikkan imej negara di pasaran China, beliau berkata kerajaan sedia menimbang cadangan tersebut.

“Penggunaan saluran media sosial sememangnya usaha kita dalam menaikkan jumlah pelancong dan penyanyi Shila Amzah cukup popular dan mempunyai pengikut yang ramai. Saya amat setuju dan akan mempertimbangkan sewajarnya untuk berunding dengan Tourism Malaysia dan ia boleh dilaksanakan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori