• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Besar Hilang, Warga Sekolah Adakan Solat Hajat

oleh Ahmad Albab
05/11/2015
dalam Hangat, Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Warga Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Keramat Satu di sini mengadakan solat hajat hari ini bagi mendoakan keselamatan guru besar sekolah itu yang dilaporkan hilang.

Jashiah Rabu, 53, disyaki hilang di kawasan Hutan Simpan Bukit Kutu, Kuala Kubu Bharu sejak Ahad, selepas keluar dari rumahnya di Taman Seri Seruling pada Jumaat.

Penolong Kanan Pentadbiran sekolah berkenaan, Ahmad Azizi Alias berkata pihaknya mendoakan supaya wanita itu ditemui dalam keadaan selamat.

“Hari ini kita adakan solat hajat di sekolah. Insya-Allah kita akan adakan solat hajat ini secara berterusan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Ahmaz Azizi berkata beliau sentiasa berhubung dengan Jashiah walaupun wanita itu tidak bertugas kerana bercuti sakit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R. Supramaniam berkata sepasukan 46 pencari dan penyelamat merangkumi Polis Diraja Malaysia, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam dan Renjer memulakan operasi yang masuk hari kelima hari ini pada 9 pagi tadi.

“Operasi akan kita teruskan dan setakat ini, kita masih belum ada apa-apa perkembangan terbaharu,” katanya kepada Bernama.

Jashiah kali terakhir dilihat jirannya keluar dari rumah pada petang Jumaat dan dikatakan berjalan kaki dan menumpang kereta sejauh kira-kira 10 km ke satu perkampungan Orang Asli, sebelum dilihat menghala ke hutan simpan berkenaan. – BERNAMA

Tags: Guru Besarkes hilangSekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

22/01/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sedang melaksanakan siasatan dalaman berhubung kejadian murid cedera ditampar di sebuah sekolah...

Murid 10 Tahun Maut Dipukul Guru Besar Ketika Perhimpunan Sekolah

Murid 10 Tahun Maut Dipukul Guru Besar Ketika Perhimpunan Sekolah

02/06/2025
0

PESHAWAR: Seorang murid lelaki berusia 10 tahun meninggal dunia selepas dipukul oleh guru besar sekolahnya di hadapan semua murid semasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd