Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Video Ini Didakwa Bongkar...

KISAH penderaan kanak-kanak yang berlaku di taska bukanlah cerita asing. Namun meskipun mendapat...

Tak Ada Tanda ‘Bluetick’,...

SEMALAM, kumpulan nasyid UNIC telah mengeluarkan kenyataan yang mendakwa penyanyi rap, Caprice seperti...

BATC: Skuad Wanita Negara...

ALOR SETAR — Skuad badminton wanita negara bermula cemerlang apabila menang 4-1 dalam...

Singapura Umum Rombakan Kabinet,...

SINGAPURA - Perdana Menteri Singapaura, Lee Hsien Loong hari ini mengumumkan beberapa rombakan...

Gotong-Royong Bersihkan Tapak Geologi Langkawi

LANGKAWI – Taman Geologi Kilim Karst yang menjadi satu tarikan utama tapak geologi di sini telah menjadi lebih bersih berikutan program Pembersihan Bakau yang dijalankan Kelab Rotary Langkawi.

Disokong Lambaga Pembangunan Langkawi (LADA), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan beberapa agensi kerajaan serta swasta, program kebersihan itu berjaya menarik kira-kira 1,000 peserta yang berjaya mengumpul 20 meter padu bahan buangan di dalam dan sekitar taman.

Program yang dilancarkan oleh Komander Wilayah Tiga TLDM Laksamana Pertama Rosli Yoob merupakan acara tahunan kelab sejak tahun lepas sebagai inisiatif memelihara alam sekitar di taman geologi itu.

Presiden kelab Dr Gerard Lawrence berkata program tahun ini adalah sebagai penanda kepada kejayaan yang dicapai Langkawi mengekalkan status Taman Geologi Global Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu UNESCO) dengan penarafan kad hijau baru-baru ini.


Selain kerja-kerja pembersihan aktiviti lain yang dijalankan termasuk pertandingan fotografi dan esei serta kempen kesedaran awam mengenai kaedah kitar semula dan pelupusan buangan yang betul. – BERNAMA

https://youtu.be/ZJuEKH_942g

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori