• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Faizal Tahir Menang Lagu Terbaik APM 2015

oleh AK-47
12/10/2015
dalam Artis, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMUNCULAN semula artis bervokal tinggi, Faizal Tahir menerusi Assalamualaikum ternyata bawa tuah dalam kerjaya seninya apabila berjaya merangkul anugerah Lagu Terbaik Anugerah Planet Muzik 2015 (APM 2015), dalam acara berprestij itu di Singapura malam Jumaat.

Sebelum ini, antara penyanyi Malaysia yang pernah mendapat pengiktirafan bagi kategori tertinggi adalah Datuk Siti Nurhaliza menerusi lagu Biarlah Rahsia pada tahun 2007 dan Hafiz Suip untuk lagu Awan Nano selepas empat tahun kemudian.

Faizal yang merupakan naib juara program One in a Million musim pertama turut membawa pulang trofi Lagu Malaysia Terbaik sekali gus menewaskan impian empat lagu lain iaitu Hakeleh oleh SonaOne, Malaikat (Hazama), Malam Ini Kita Punya (Bunkface) dan Mewangi (Akim & The Majistret) untuk merangkul gelaran itu.

Namun, karyawan berusia 36 tahun ini tidak hadir untuk menerima trofi berkenaan sebaliknya dia diwakili oleh salah seorang komposer dan penulis lirik Assalamualaikum, Audi Mok.

Anak didik Faizal Tahir, Elizabeth Tan yang juga merupakan salah seorang penyanyi di bawah syarikat rakamannya, Faithful Music juga berjaya memenangi kategori Artis Wanita Baharu Terbaik menerusi lagu popularnya, Knock Knock.

Penyanyi kesayangan No,1 negara, Siti Nurhaliza juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila menang Anugerah Kolaborasi Terbaik Artis, bersama penyanyi bersuara gemersik Chakra Khan dari Indonesia menerusi lagu Seluruh Cinta.

Sementara itu, bagi kategori Artis Lelaki Terbaik dimenangi oleh Judika untuk lagu Apakah Ini Cinta. Manakala, bagi kategori Wanita Terbaik dirangkul oleh Raisa menerusi lagu Jatuh Hati. Kedua-dua penyanyi ini berasal dari Indonesia.

Menerusi kategori popular pula, APM 2015 terus menyaksikan kemaraan bekas juara Singapore Idol musim pertama, Taufik Batisah apabila memenangi banyak anugerah dalam empat kategori menerusi lagu popularnya #awakkatmane.

Piala yang berjaya dirangkul penyanyi hitam manis ini adalah bagi kategori Ikon Media Sosial, Artis Singapura Paling Popular serta Lagu Singapura Paling Popular dan Lagu Paling Popular APM.

Buat pertama kalinya, APM mengiktiraf artis yang berjaya di peringkat antarabangsa menerusi Anugerah Rentas Planet. Insan yang bertuah membawa pulang trofi itu adalah penyanyi kelahiran Indonesia, Anggun Cipta Sasmi atau dikenali Anggun. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: The Rakyat Post!

Tags: Faizal Tahir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Zamani Buat Saya Yakin Bergerak Solo” – Faizal Tahir

05/03/2019
0

PENYANYI dan komposer, Faizal Tahir tidak menduga dapat bekerjasama dengan penyanyi legenda, Zamani yang disifatkan sebagai individu penting dalam mencorakkan...

Ragaman Bukan Kisah Saya & Isteri – Faizal Tahir

02/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi, Faizal Tahir, 39, menolak tanggapan lagu baharunya, Ragaman, dihasilkan berdasarkan kisah rumah tangganya sendiri. Biarpun karya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd