BINTANG yang semakin mendapat perhatian, Emilia Clarke dinobatkan sebagai wanita paling seksi 2015 oleh majalah Esquire.
Gelaran tersebut sekaligus membuatkan pelakon gred A itu mengetepikan pemegang takhta tersebut tahun lepas, Penelope Cruz.
Emilia yang terkenal menerusi filem Terminator: Genisys dan drama popular, Games Of Thrones berkata dia tidak menyangka rezekinya akan sampai ke tahap ini.
“Dia boleh jadi ganas, dia boleh jadi permaisuri, dia boleh jadi kakak kepada kanak-kanak, dia boleh jadi pembunuh dan sebagainya,” tulis Benjamin Markovits dalam majalah keluaran November.
Menjadi pilihan untuk menghiasi muka depan majalah popular itu, rata-rata peminat Emilia tahu bakatnya dalam bidang lakonan sememangnya tidak boleh disangkal dan dinafikan lagi.
Jom sama-sama saksikan gambar-gambar Emilia yang diberi gelaran Wanita Paling Seksi 2015 itu.
– Agensi/MYNEWSHUB.CC