• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Doa Dimakbulkan, Jemaah Haji Terkejut Boleh Berjalan Semula

oleh AK-47
30/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUBHANAALLAH.. seorang jemaah haji tidak menyangka, impiannya untuk dapat berjalan semula akhirnya termakbul hasil berkat doanya di hadapan Kaabah.

Bercerita pengalaman uniknya itu, Fatimah Abd. Latif, 60 tahun; berkata, dia menyedari kakinya boleh bergerak semula selepas bangun tidur dan mahu bersiap menunaikan solat Subuh di Masjid Nabawi.

“Kemudian, saya cuba bergerak tetapi hanya dapat bergerak tiga langkah sahaja. Bagaimanapun, saya cuba lagi bergerak dengan bantuan anak dan menantu untuk menunaikan solat Subuh di Masjid Nabawi.

“Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana setiap hari saya berdoa termasuk di hadapan Kaabah memohon supaya kaki kiri boleh bergerak dan sihat untuk menunaikan ibadah.

“Allah memakbulkan doa saya dan kami sekeluarga berasa terharu, sebak serta bersyukur atas nikmat ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sebelum ini, Fatimah disahkan mengidap angin ahmar yang mengakibatkan badannya lumpuh sebelah kiri sejak lima tahun lalu.

Difahamkan, ketika mula tiba di Madinah seterusnya bergerak ke Makkah dan menunaikan wukuf di Arafah, Fatimah antara jemaah haji yang memerlukan kerusi roda untuk bergerak.

Fatimah merupakan antara 455 jemaah haji yang tiba ke tanah air dari Madinah menerusi penerbangan pulang terakhir pesawat sewa khas Malaysia Airlines Berhad (MAB) MH8289, petang Rabu.

Hadir sama menyambut ketibaan jemaah haji ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Ismee Ismail. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Harian Metro

Tags: Hajikaabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemilik sebuah madrasah ditahan selepas dipercayai berperanan untuk meraih kepercayaan 47 jemaah warga emas yang terpedaya...

Presidensi Arab Saudi Pasang Skrin 3D Bantu Jemaah Haji Patuhi Langkah Kesihatan

Presidensi Arab Saudi Pasang Skrin 3D Bantu Jemaah Haji Patuhi Langkah Kesihatan

08/06/2025
0

MAKKAH - Presidensi Am Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi Arab Saudi menggesa para jemaah haji supaya mematuhi langkah-langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd