• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Didakwa Fitnah Raja Muda Selangor

oleh Ahmad Albab
08/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan memfitnah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, 25 September lalu.

Abdul Rahim, 65, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Slamat Yahya selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Abdul Rahim didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (C) Akta Hasutan 1948.

Bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri itu juga tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Hakim Slamat Yahya menetapkan jaminan RM7,000 dan 5 November depan sebagai tarikh sebutan pula.

Abdul Rahim pada 25 September lalu mengeluarkan kenyataan menerusi laman Facebooknya yang memberi komen berhubung pertukaran agama Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Pada 30 September lalu, Dewan Diraja Selangor itu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan serta menyifatkan kenyataan dibuat Abdul Rahim sebagai pembohongan dan fitnah semata-mata selain berbaur hasutan dan mempunyai unsur fitnah yang boleh membangkitkan perasaan benci umat Islam kepada Raja Muda dan Sultan Selangor. – myMetro Online

Tags: Rahim Thamby ChikSultan Selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Sokong Titah Agong Berkenaan Rukun Negara

Sultan Selangor Sokong Titah Agong Berkenaan Rukun Negara

01/06/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan menzahirkan setinggi-tinggi...

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

21/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya orang Melayu dan umat Islam negara ini terus bersatu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd