• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Demi Laksana Impian Ibu, Fizo Omar Bakal Buka Restoran Thai

oleh AK-47
20/10/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK awal pembabitannya dalam industri hiburan, aktor kacak Fizo Omar sememangnya sangat akrab dan pandai mengambil hati ibunya.

Maka, tidak hairanlah rezeki pelakon dan pengacara ini sentiasa melimpah ruah sama ada dalam kerjaya seninya mahupun dalam bidang perniagaan yang diceburi.

Terbaharu, Fizo dan isteri, Mawar Karim bakal mengusahakan restoran sajian istimewa masakan Thai demi melaksanakan impian ibunya.

Menurut Fizo, restoran yang diberi nama ‘Fizo Omar Kitchen’ dijangka mula beroperasi pada 1 Disember ini berlokasi di Bandar Baru Bangi.

“Restoran ini kiranya hadiah untuk mama saya sebab sejak lama dulu impiannya untuk memiliki restoran sendiri.

“Sebelum membuka restoran, saya belajar pelbagai jenis menu istimewa Thai dari merata tempat menarik yang khusus mempunyai menu terbaik di Thailand.

“Setelah cukup ilmu masakan, baru saya berani buka restoran ini.

“Sebabnya, saya mahu pastikan restoran ini menyediakan pelbagai jenis menu istimewa dan terbaik cita rasa Thai.

“Tetapi tidak semestinya saya yang turun ke dapur memasak. Saya mempunyai pasukan khusus dalam penyediaaan masakan Thai,” ujarnya kepada Mangga Online.

Untuk pengetahuan anda, Fizo juga mempunyai buku tulisan tentang masakan berjudul ‘Air Tangan Fizo Omar’.

Dalam perkembangan terbaru, Fizo antara selebriti popular tempatan yang menerima surat tawaran menyambung pengajian peringkat Master dan Doktor Falsafah (PHD) dari Universiti Utara Malaysia bagi kampus cawangan Kuala Lumpur. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Fizo OmarThailand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis meminta kerajaan mencari semula 'raja formula' yang sebelum ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd