• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dedahkan Bidang Perakaunan Kepada Penuntut Bumiputera

oleh Ahmad Albab
05/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan menyarankan lebih banyak pendedahan diberikan kepada penuntut Bumiputera dalam jurusan perakaunan memandangkan peratusan akauntan bertauliah dalam kalangan mereka amat membimbangkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata setakat ini, hanya lapan peratus daripada 32,000 akauntan bertauliah di negara ini terdiri daripada golongan Bumiputera, dan ia perlu ditingkatkan lagi.

“Banyak faktor yang menyebabkan kurangnya penglibatan Bumiputera dalam bidang perakaunan antaranya tahap pendedahan rendah selain jurusan ini memerlukan pengetahuan tinggi dalam pengurusan nombor dan kefasihan berbahasa Inggeris.

“Disebabkan faktor itu, ramai penuntut Bumiputera kurang minat menceburi bidang perakaunan sedangkan akauntan merupakan profesion yang akan mendapat permintaan tinggi pada masa depan,” katanya kepada pemberita selepas sesi beramah mesra dengan penuntut jurusan perakaunan dari beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) di Selangor di sini, Isnin.

Justeru itu, katanya, kerjasama erat antara badan-badan perakaunan bertauliah dengan IPT amat diperlukan dalam menyediakan fasiliti pengajian terbaik bagi memupuk minat dan melahirkan lebih ramai akauntan bertauliah Bumiputera.

“Negara menyasarkan 60,000 akauntan bertauliah dilahirkan menjelang 2020 memandangkan perkhidmatan yang ditawarkan profesion ini sedang membangun dan mencerminkan kepentingannya pada masa depan,” kata Abdul Wahid.

Dalam pada itu, Pengerusi Malaysia Professional Accounting Centre (MyPAC), Datuk Zaiton Mohd Hassan berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) bagi memulakan pelbagai program intervensi untuk menarik minat Bumiputera.

Sejumlah 18,000 akauntan Bumiputera bertauliah akan diperlukan dalam tempoh lima tahun akan datang bagi mencapai 30 peratus penglibatan golongan itu dalam bidang perakaunan negara.

“Bidang perakaunan dilihat antara profesion penting pada masa depan, disebabkan itu, kita menjalankan pelbagai program bagi menarik minat golongan Bumiputera menyertainya.

“Kita akan terus berusaha membantu golongan Bumiputera terlibat dalam sektor ini dengan memberikan gambaran lebih jelas mengenai masa depan profesion ini yang dijangka mempunyai sasaran gaji minimum RM5,000 sebulan,” katanya. – BERNAMA

Tags: bumiputeraWahid Omar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

Asyraf Wajdi ‘Bengang’ Mara Dikritik Kerana Bantu Bumiputera

Asyraf Wajdi ‘Bengang’ Mara Dikritik Kerana Bantu Bumiputera

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki melahirkan rasa kecewa apabila masih terdapat pihak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd