• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DBKL Sediakan Kabin Bantu Peniaga Terjejas Di Pasar Lama Chow Kit

oleh Ahmad Albab
09/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyediakan kemudahan kabin bagi membantu peniaga yang terjejas dalam kebakaran di pasar lama Chow Kit di sini, tengah malam tadi.

Pengarah Eksekutif Sosio Ekonomi DBKL, Datuk Normah Malik berkata pihaknya difahamkan yang kebakaran itu melibatkan tempat penyimpanan barang peniaga di pasar berkenaan.

“Gerai yang musnah itu kebanyakannya adalah tempat simpan barang dan difahamkan hanya 10 peniaga yang menjalankan perniagaan di tempat kebakaran.

“Kami akan sediakan kemudahan kabin kepada mereka khusus untuk dijadikan tempat simpanan barang sementara peniaga, ini antara lain untuk memudahkan mereka,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Tanpa menjelaskan bilangan kabin yang akan disediakan, beliau berkata kabin-kabin itu akan diletakkan di kawasan tanah kosong berhampiran pasar berkenaan.

“Kami akan berbincang dengan tuan tanah di sekitar kawasan pasar itu untuk kita letakkan kabin kepada peniaga ini. Bagi 10 peniaga yang terlibat pula kita akan sediakan tapak kosong untuk mereka berniaga di dalam pasar itu juga,” katanya.

Normah berkata pihaknya akan memulakan kerja-kerja pembersihan di kawasan berkenaan selepas pihak forensik daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat selesai menjalankan siasatan.

“Kerja pembersihan mungkin mengambil masa antara tujuh hingga 10 hari namun kami tunggu kebenaran pihak bomba dahulu,” katanya.

Pada 12.30 tengah malam tadi, kira-kira 40 kedai di pasar lama Chow Kit musnah atau mengalami kerosakan dalam kebakaran, termasuk kedai menjual barangan kering, bunga hiasan dan lain-lain.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian serta nilai kerugian masih dalam siasatan. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=GwW60sGVqTo

Tags: Chow KitDBKLpasar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

Lebih Banyak Program Boleh Dibanggakan Seperti Festival Rain Rave Akan Diadakan – Menteri

Lebih Banyak Program Boleh Dibanggakan Seperti Festival Rain Rave Akan Diadakan – Menteri

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Lebih banyak program seperti Festival Muzik Air Rain Rave 2026 yang boleh dibanggakan dan dinikmati bersama akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd