• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuepacs Puas Hati Dengan Gaji Asas Minimum RM1,200

oleh Ahmad Albab
24/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Presiden CUEPACS Datuk Azih Muda berkata pihaknya berpuas hati dengan penetapan gaji asas minimum RM1,200 seperti yang diumumkan dalam pembentangan Bajet 2016.

Penetapan gaji ini amat dinantikan 60,000 penjawat awam terutama mereka yang tinggal di bandar serta baru memulakan pekerjaan termasuk golongan belia, kata beliau.

Azih berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Ke-13 Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal Kementerian Pendidikan Semenanjung Malaysia di sini hari.

Gaji asas minimum itu nanti turut diharapkan dapat membantu penjawat awam berdepan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat terutamanya yang tinggal di bandar.

Azih juga berkata CUEPACS berpuas hati berikutan kerajaan bersetuju menambah baik 252 skim perkhidmatan, menetapkan kadar pencen minimum RM950 sebulan dan faedah pemindahan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred yang akan dilaksanakan tahun depan.

Katanya pelantikan tetap pegawai lantikan ‘Contract of Services’ yang berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun adalah perkara yang harus dilakukan dan golongan itu berhak mendapat peluang itu.

Beliau juga berkata penetapan gaji minimum baharu itu juga akan mengubah kenaikan gaji tahunan (KGT) penjawat awam dan kadar pencen yang akan dinikmati golongan berkenaan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]sxsTu5omsQk[/wpdevart_youtube]

Tags: Bajet 2016Cuepacs
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

25/08/2025
0

SHAH ALAM - Perluasan perlindungan sosial seperti akses kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), caruman skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),...

‘Penjawat Awam Perlu Berkecuali, Jangan Sertai Perhimpunan Boleh Jejas Kepercayaan Rakyat’ – CUEPACS

‘Penjawat Awam Perlu Berkecuali, Jangan Sertai Perhimpunan Boleh Jejas Kepercayaan Rakyat’ – CUEPACS

21/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Semua penjawat awam digesa mengekalkan prinsip berkecuali dan tidak terbabit dalam sebarang perhimpunan atau tindakan yang boleh menjejaskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd