• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bina Laluan Alternatif Kurangkan Kesesakan Di Putatan

oleh Ahmad Albab
17/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin mahu laluan alternatif dibina bagi mengatasi kesesakan lalu lintas di Putatan dan Petagas khususnya ketika waktu puncak.

Yahya berkata laluan alternatif itu sesuai dibina di sepanjang jalan dari Cyber City, Kepayan hingga ke Kinarut memandangkan jalan berkenaan terletak antara Putatan dan Petagas.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas berkata pada masa sama sebuah jejambat perlu di daerah Putatan bagi mengurangkan penggunaan lampu isyarat untuk membuat pusingan ‘U’ yang mendorong kepada kesesakan lalu lintas.

“Walaupun ada penambahan lorong dilakukan, ia masih tidak mampu menampung pertambahan kenderaan yang melalui jalan itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan BTC Textile Emporium cawangan Putatan, dekat sini hari ini.

Yahya berkata jalan raya di Putatan merupakan laluan keluar masuk utama terutama bagi menghubungkan penduduk dari Papar, Kinarut, Tambunan, Keningau dan Tawau untuk ke pusat bandar.

“Berikutan itu pengurusan jalan raya perlu diberi penekanan,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]_u23OODbZhY[/wpdevart_youtube]

Tags: Laluan Alternatif
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JKR Buka Laluan Alternatif Gua Musang-Kuala Lipis Hari Ini

JKR Buka Laluan Alternatif Gua Musang-Kuala Lipis Hari Ini

15/04/2023
0

GUA MUSANG : Jabatan Kerja Raya (JKR) akan melakukan penyuraian trafik di laluan alternatif Jalan Gua Musang-Kuala Lipis mulai hari...

Perantau Melalui Gua Musang Dicadang Guna Laluan Alternatif

30/04/2022
0

Gua Musang: Perantau yang ingin pulang ke kampung melalui daerah ini, boleh menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan jalan raya....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd