• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bina Bangunan Baru Bilik Darjah Ikut Keperluan Sekolah

oleh Ahmad Albab
24/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BELUD – Kementerian Pendidikan akan membina bangunan baharu bilik darjah mengikut keperluan sesebuah sekolah bagi menyelesaikan masalah sekolah yang berada dalam keadaan daif di Sabah, kata Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid.

“Isu itu memerlukan perhatian segera dan mekanisme yang kita fikirkan..ia tidak perlu menggunakan peruntukan yang besar,” katanya .

Sebagai contoh, katanya, kerajaan akan menyediakan peruntukan bagi sesebuah sekolah yang memerlukan hanya lapan bilik darjah sahaja dan dapat dibina dalam tempoh dua tahun.

“Saya mempunyai data yang diberikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Sabah yang menunjukkan bahawa banyak sekolah kebangsaan di Sabah yang sama tahap (kedaifannya) seperti SK Nanamun,” katanya kepada pemberita selepas melawat SK Nanamun bagi meninjau sendiri kedaifan sekolah berkenaan yang dibina pada tahun 1960.

Menurut Mahdzir, mekanisme berkenaan didapati berkesan dalam menyelesaikan segera isu sekolah daif di Sabah yang sering menjadi rintihan rakyat.

Sebagai contoh, melalui mekanisme itu, pembinaan lapan bilik darjah di Sekolah Penimbawan, Tuaran, dapat disediakan dalam tempoh singkat dengan kos yang tidak begitu tinggi.

Justeru, katanya, sebagai permulaan, beliau meminta Pengarah Pendidikan Negeri Sabah menyenaraikan 20 sekolah yang berada dalam keadaan daif di negeri ini dan dipanjangkan kepada pengetahuan kementerian supaya tindakan segera dapat diambil.

Selepas itu, senarai sekolah yang masih berdepan dengan masalah itu boleh dikemukakan dan beliau percaya dalam tempoh jangka panjang, isu sekolah di Sabah yang berada dalam keadaan daif boleh diselesaikan.

Mengenai cadangan pembinaan sekolah baharu untuk SK Nanamun itu, Mahdzir berkata peruntukan RM14 juta bagi pembinaan bangunan baharu sekolah berkenaan telah disediakan dan pembinaannya akan dilaksanakan sebaik sahaja pelbagai urusan seperti urusan tanah selesai.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia pernah belajar di sekolah itu yang mempunyai enam blok bangunan dan sudah diisytihar tidak selamat diduduki oleh Jabatan Kerja Raya.

Selain melawat sekolah daif, yang sudah melahirkan ramai profesional termasuk tiga lulusan Doktor Falsafah (PhD) dalam pelbagai bidang berkenaan, Mahdzir turut meninjau tapak baharu bagi pembinaan semula sekolah itu yang kini mempunyai 213 murid dan 26 tenaga pengajar.

Katanya pembinaan sekolah SK Nanamun mungkin mengambil masa dua tahun dan dalam tempoh itu pelajarnya akan ditempatkan sementara di Sekolah Agama Rakyat Sri Mulia yang terletak tidak jauh dari sekolah mereka.

Turut hadir dalam lawatan berkenaan ialah Pandikar Amin dan Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Jame Alip. – BERNAMA

Tags: Mahdzir Khalid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BN, PH Guna Logo Sendiri Di Kedah – Mahdzir

BN, PH Guna Logo Sendiri Di Kedah – Mahdzir

14/05/2023
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Kedah akan menggunakan logo parti masing-masing pada Pilihan Raya Negeri...

Mahdzir Pertahan Jawatan Naib Presiden UMNO

Mahdzir Pertahan Jawatan Naib Presiden UMNO

23/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, hari ini, mengesahkan akan mempertahankan jawatan disandangnya pada Pemilihan UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd