• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Mufti Wilayah, Tan Sri Kader Meninggal Dunia

oleh
22/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Tan Sri Abdul Kader Talip meninggal dunia di Pusat Perubatan Tropicana, Petaling Jaya, Selangor pada pukul 6.40 pagi Jumaat.

Allahyarham yang juga bekas Imam Besar pertama Masjid Putra di Putrajaya meninggal dunia akibat sakit tua dalam usia 86 tahun, menurut laporan daripada pelbagai portal berita tempatan.

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan selepas solat Jumaat di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara dekat ibu negara.

Berita sedih ini turut disahkan secara rasmi oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menerusi laman Facebook rasmi pejabat mufti berkenaan pukul 8.29 pagi Jumaat.

Penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 1430 peringkat kebangsaan pada 2009 ini meninggalkan balu, Puan Sri Aishah Husin setelah kematian isteri pertamanya, juga dikurniakan enam orang anak dan 10 cucu.

Allahyarham Abdul Kadir dilahirkan pada 23 Januari 1929 di Pontian, Johor dan pernah dilantik menjadi Mufti Wilayah Persekutuan dari 15 Julai 1991 sehingga 16 Januari 1997.

Sementara itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyifatkan pemergian Allahyarham yang banyak berjasa kepada negara dan umat Islam di negara ini, sebagai satu kehilangan besar.
Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha dalam satu kenyataan media, berkata pihaknya berasas dukacita atas pemergian Allahyarham dan mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat.
“Kami mendoakan agar keluarganya dikurniakan ketabahan dalam menerima perkara ini. Semoga Allahyarham ditempatkan bersama para Solihin atas jasanya kepada negara dan umat Islam,” katanya.

Al-Fatihah. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: meninggal dunia
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam dilaporkan ditemui...

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd