BERIKUTAN kenaikan harga tol yang diumumkan baru-baru ini, pihak pembangkang mula mengambil kesempatan bagi memainkan agenda politik mereka menerusi demonstrasi bagi membantah perkara tersebut.
Antara lokasi yang menjadi pilihan mereka adalah di Plaza Tol Ijok, Kuala Selangor.
Namun sambutan yang diterima dilihat dingin apabila ianya cuma disertai sekitar 20 orang sahaja, itu pun puak-puak dari PAS dan PKR sendiri.
Sesiapa pun susah untuk menerima kenaikan harga barang mahu pun tol, tetapi ianya bukan tiket untuk melakukan demo sebegini apatah lagi terdapat alasan kukuh mengapa kenaikan tol perlu dilakukan selepas satu tempoh.
Berkuat kuasa 15 Oktober lalu, beberapa syarikat konsesi lebuh raya utama telah pun mengumumkan kenaikan kadar tol antara 10 sen dan RM6.
Ia melibatkan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke), Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Kajang-SILK, Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (Smart), Lebuhraya KL-Kuala Selangor (Latar), , Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Kajang Seremban (Lekas), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Sprint dan Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga). – MYNEWSHUB.CC
Bantah kenaikan tol: Kenyataan Azmin retorik politik semata-mata
[youtube http://www.youtube.com/watch?v=MmrFk9ccFbw&w=560&h=315]