• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet: K’jaan Persekutuan Tidak Pernah Pinggirkan P.Pinang

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Kerajaan Persekutuan tidak pernah meminggirkan Pulau Pinang dan akan terus memberi peruntukan untuk menjalankan projek-projek pembangunan walaupun Barisan Nasional (BN) tidak mentadbir negeri, kata Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman.

Zainal berkata Pulau Pinang sering mendapat projek-projek mega seperti pembesaran empangan Mengkuang, Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar, dan Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Beliau yang juga Penasihat Khas Perdana Menteri bagi Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), berharap negeri ini akan diberi peruntukan projek baharu yang boleh meningkatkan taraf hidup rakyat melalui Belanjawan 2016 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Jumaat ini.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas membuat lawatan ke projek persekutuan di sini hari ini.

Katanya, beliau faham akan kekangan kerajaan pusat dalam keadaan ekonomi yang agak lembab kini dan kejatuhan nilai minyak dunia.

“Kami berharap hasil daripada kutipan GST akan mencukupi untuk kerajaan mengagihkan peruntukkan kepada semua sektor pembangunan di setiap negeri termasuk Pulau Pinang,” katanya.

Terdahulu, Zainal berkata jambatan yang dibina menghubungkan tiga kawasan utama di Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) yang bernilai RM126 juta akan dibuka sepenuhnya Disember depan.

Projek ini mula dibuka secara berperingkat sejak Februari lalu.

Selain itu, beliau berkata pihaknya turut mensasarkan peningkatan kekerapan jadual perjalanan Tren Shuttle KTM Komuter laluan Kamunting-Butterworth-Gurun.

“Kami masih dalam peringkat perbincangan dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengenai tambahan bilangan koc kerana ini dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas domestik,” katanya.

Katanya, pihaknya berharap kekerapan perjalanan tren ini yang kini mempunyai 14 perjalanan sedia ada dalam sehari, dapat ditambahkan mulai akhir tahun ini. – BERNAMA

Tags: Bajet 2016Pulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mendedahkan jumlah keseluruhan projek pengangkutan yang diluluskan kepada 13 negeri lain susulan dakwaan Pulau Pinang...

Perayaan ‘Hungry Ghost Festival’ Diiktiraf Warisan Negeri

Perayaan ‘Hungry Ghost Festival’ Diiktiraf Warisan Negeri

03/09/2026
0

GEORGE TOWN - Perayaan Teong Guan Phor Thor yang dikenali sebagai ‘Hungry Ghost Festival' diiktiraf sebagai Warisan Negeri dalam usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd