• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet: Harap Masalah Perumahan & Kemiskinan Bandar Ditangani

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemuda MIC berharap kerajaan akan memberi tumpuan kepada penyelesaian beberapa isu menerusi Bajet 2016 yang akan dibentangkan esok.

Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, C. Sivarraajh berkata ini termasuk kemiskinan bandar yang mesti ditangani segera bagi menampung kesan peningkatan kos sara hidup.

“Kesukaran untuk membeli rumah di kawasan bandar dan pinggir bandar berikutan harganya yang terlalu tinggi juga perlu ditangani,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau turut mencadangkan agar Akta Kebankrapan dikaji semula dan memberi penghidupan baharu kepada mereka yang diisytihar muflis.

Sebagai tambahan, beliau turut menyenaraikan beberapa permintaan untuk kaum India termasuk geran permulaan perniagaan bagi usahawan muda baharu dengan jumlah minimum pinjaman Tekun RM30,000, dan peningkatan peluang pekerjaan bagi belia India dalam sektor kerajaan serta Syarikat Berkaitan Kerajaan dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan. – BERNAMA

Tags: Bajet 2016MICPemuda MIC
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Seru Undi Calon MCA, MIC

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Seru Undi Calon MCA, MIC

24/07/2026
0

SEREMBAN - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyeru penyokong PAS dan seluruh rakyat Negeri Sembilan mengundi calon MCA...

Mengapa Cina India Perlu Sokong MCA MIC? BN-PN Mahu Satukan Undi Melayu-Islam – Senator DAP

Mengapa Cina India Perlu Sokong MCA MIC? BN-PN Mahu Satukan Undi Melayu-Islam – Senator DAP

18/07/2026
0

SEREMBAN - Senator DAP, RA Lingeshwaran mempersoalkan mengapa kaum Cina dan India perlu menyokong MCA dan MIC dalam Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd