• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Awas Perangkap Pihak Ambil Kesempatan Titah Majlis Raja-Raja

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Badan bukan kerajaaan (NGO), Jati menyeru umat Islam negara ini berhati-hati dengan perangkap pihak tertentu cuba menangguk di air yang keruh berikutan kenyataan Majlis Raja-Raja mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Presidennya, Prof. Datuk Dr. Mohd. Zainul Fithri Othman berkata, pihak yang cuba menangguk di air yang keruh itu sebenarnya memang berniat untuk mengganggu poses penyiasatan isu 1MDB.

“Jati juga ingin menyarankan agar rakyat Malaysia tidak terperangkap dengan dakyah tidak bertanggungjawab oleh mana mana pihak dan rakyat perlu bersifat mencari fakta yang sahih sebelum membuat spekulasi dalam isu ini.

“Jati meyakini bahawa agensi-agensi dalam pentadbiran kerajaan sedang berusaha secara bijaksana dan berkesan dalam menyelesaikan isu 1MDB ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Majlis Raja-Raja pada 6 Oktober lalu bertitah supaya kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1MDB dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak terlibat.

Titah oleh Majlis Raja-Raja itu diambil kesempatan oleh parti-parti pembangkang untuk menonjolkan kepada masyarakat kononnya kenyataan raja dan sultan selari dengan agenda politik mereka.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun dalam reaksinya menegaskan, Kerajaan Persekutuan mengambil berat dan menghormati titah Majlis Raja-Raja tersebut.

Malah, katanya, segala titah Majlis Raja-Raja dinilai baik dan kerajaan sebenarnya telah pun mengambil langkah proaktif untuk mendepani isu yang dititah tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Tags: 1MDBJatiMajlis Raja-Raja
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PMX Anwar Sindir, Kitab Mana Kata Semua Hutang 1MDB Sudah Habis bayar?

PMX Anwar Sindir, Kitab Mana Kata Semua Hutang 1MDB Sudah Habis bayar?

19/10/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas mana-mana pihak yang menyatakan bahawa hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah...

Pembangkang Junjung Titah Majlis Raja-Raja, Selesai Kemelut Takhta Negeri Sembilan Ikut Perundangan Serta Adat Yang Sah

Pembangkang Junjung Titah Majlis Raja-Raja, Selesai Kemelut Takhta Negeri Sembilan Ikut Perundangan Serta Adat Yang Sah

15/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Pembangkang menjunjung titah Majlis Raja-Raja supaya kemelut melibatkan institusi takhta Negeri Sembilan diserahkan kepada pihak berautoriti untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd