• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Arkib Negara Kesal Tok Janggut Masih Dianggap Penderhaka

oleh Ahmad Albab
23/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BACHOK – Arkib Negara kesal dengan tindakan segelintir pihak luar memutarbelitkan fakta sebenar sejarah dengan melabel dan menganggap pejuang kemerdekaan tanah air seperti Tok Janggut sebagai penderhaka.

Ketua Pengarah Arkib Negara, Azemi Abdul Aziz berkata, tokoh berkenaan sering diberi gambaran negatif dalam versi Barat.

“Walhal kewujudan tokoh seperti Tok Janggut merupakan manifestasi daripada rasa tidak puas hati terhadap undang-undang dan cara pentadbiran British yang menentukan perjalanan pentadbiran negeri dan kehidupan rakyat,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Memperingati 100 Tahun Tok Janggut di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok di sini, hari ini yang dirasmikan Naib Canselor UMK, Prof. Datuk Dr. Mortaza Mohamed dan turut dihadiri lebih 300 pelajar.

Tujuh kertas kerja dibentangkan oleh tokoh sejarah, antaranya Prof. Datuk Dr. Abdullah Zakaria dari Universiti Malaya, Prof. Harun Daud (UMK), Dr. Mohamad Samsudin (Universiti Kebangsaan Malaysia), Dr. Nik Haslinda Nik Hussain (Universiti Sains Malaysia) dan Savumthararaj a/l Gopal dari Arkib Negara Malaysia. – BERNAMA

Tags: Arkib NegaraTok Janggut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cetus Persoalan Identiti Tok Janggut

16/11/2018
0

SIAPAKAH sebenarnya Tok Janggut, figura yang terbabit dengan pemberontakan menentang penjajahan British di Kelantan pada 1915? Apakah beliau penentang, pemberontak...

Tular! Tak Puas Hati Ditegur, Lelaki Ini Rela Masuk Neraka

10/08/2017
0

SEMAKIN hari, dunia kita menyaksikan pelbagai jenis perbuatan pelik manusia. Tidak kurang nya juga dengan ajaran sesat yang sebenarnya sudah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd