• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Arab Saudi Iktiraf Malaysia, Jadikan Model Pengurusan Jemaah Haji

oleh Ahmad Albab
10/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Sistem pengurusan jemaah haji Malaysia telah diiktiraf sebagai model terbaik yang perlu dicontohi jemaah haji dari negara lain bagi memastikan kelancaran ibadah umat Islam di tanah suci Makkah, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata pengiktirafan itu dinyatakan oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz semasa pertemuan dengan semua delegasi wakil negara, pada musim haji baru-baru ini.

“Saya mewakili kerajaan Malaysia serta semua perwakilan negara yang lain telah mengadap Raja Salman dan ketika itulah beliau memuji sistem pengurusan jemaah haji Malaysia yang sangat teratur, tertib dan berdisiplin.

“Malah, selepas insiden rempuhan di Mina, media di sana juga memberi liputan mengenai pengurusan jemaah haji Malaysia yang disifatkan sangat bagus kerana mencakupi semua aspek termasuk penginapan, makan minum, kesihatan dan kewangan.

“Tidak seperti jemaah haji dari negara lain, jemaah haji Malaysia hanya perlu memberi fokus kepada ibadah mereka semata-mata tanpa memikirkan masalah lain dan ini bukti pengurusan yang cemerlang dilaksanakan oleh Tabung Haji,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari peringkat Antarabangsa di sini hari ini.

Turut hadir Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof Datuk Dr Yahaya Ibrahim dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail.

Asyraf Wajdi berkata walaupun terdapat beberapa permasalahan yang timbul seperti jemaah haji hilang atau tersesat di Mina, ia dapat diselesaikan segera oleh 585 petugas Tabung Haji di tanah suci ketika itu.

“Pengiktirafan ini sangat bermakna buat kita kerana ia juga adalah satu manifestasi dalam akhlak al-Quran iaitu patuh kepada arahan dan peraturan demi kebaikan semua,” katanya. – BERNAMA

 

 

Tags: Arab Saudijemaah haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd