Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pekerja Kilang Maut, Motor...

SEREMBAN, 13 Dis -- Seorang pekerja kilang maut apabila motosikal ditungganginya terbabas dan...

507,050 Dos Vaksin Diberikan...

KUALA LUMPUR - Jumlah pemberian vaksin harian Covid-19 melepasi angka 500,000 semalam selepas...

Penipu Ini Dijatuhi Hukuman...

BANGKOK - Mahkamah Thailand menjatuhkan hukuman penjara selama 13,275 tahun kepada seorang lelaki...

Biden Melawat Bandar Berdekatan...

BRUSSELS: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengadakan lawatan ke sebuah bandar berhampiran...

Arab Saudi Akan Terus Tadbir Urusan Haji – Putera Turki

ABU DHABI – Putera Turki al-Faisal menolak saranan supaya pentadbiran urusan haji setiap tahun dikongsi bersama negara Islam lain dan menyatakan Riyadh menganggapnya sebagai ‘soal kedaulatan’ dan ‘keistimewaan’.

Anggota kanan keluarga diraja Arab Saudi itu membuat kenyataan kepada The Associated Press (AP) ketika negaranya menghadapi kritikan susulan insiden rempuhan di Mina yang mengorbankan ramai jemaah haji bulan lalu.

Mengikut kiraan AP, seramai 1,400 terkorban dalam insiden itu, sekali gus menjadikan ia musim haji paling ramai jemaah terkorban.

Iran yang mengalami kematian jemaah haji paling ramai kali ini, menuduh Arab Saudi gagal mengurus dengan baik dan mencadangkan satu badan bebas ditubuhkan bagi mentadbir urusan haji.

“Urusan menjaga dua Kota Suci dan haji adalah soal kedaulatan dan keistimewaan,” kata Putera Turki. “Kami tidak akan melepaskan keistimewaan ini atau kelebihan menjadi penjaga dua Kota Suci ini. Warga Makkah adalah mereka yang paling arif mengenai kawasan Makkah dan anda tidak boleh mengambilnya daripada warga Makkah.”


Putera Turki berkata demikian ketika ditemubual AP di luar Sidang Kemuncak Institut Beirut di Abu Dhabi.

Putera Turki adalah anggota keluarga diraja paling kanan yang menjawab kritikan Iran secara terbuka. Beliau juga Pengerusi Pusat Raja Faisal bagi Kajian dan Pengajian Islam. Beliau berkhidmat selama lebih dua dekad sebagai ketua bahagian perisikan Arab Saudi dan menjadi duta ke Britain, Ireland dan AS.

Sekurang-kurangnya 1,480 jemaah haji meninggal dunia dalam insiden rempuhan pada 24 September lalu di Mina. Angka korban itu berdasarkan kenyataan rasmi 19 negara yang rakyatnya terkorban dalam insiden itu. – AP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori