• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Tekad Pergiat Operasi Di Selat Melaka, Banteras Kegiatan Haram

oleh Ahmad Albab
21/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bertekad untuk mempergiat operasi penguatkuasaan di perairan Selat Melaka bagi membanteras sebarang kegiatan haram di laluan utama industri perkapalan itu.

Pengarah Pusat Penyelarasan Penguatkuasaan Maritim APMM, Laksamana Pertama Maritim Datuk Nasir Adam berkata usaha itu digembleng dengan kerjasama erat Badan Keamanan Laut Republik Indonesia (BAKAMLA) dan beberapa agensi keselamatan kedua-dua negara menerusi ‘Op Patkor Optima’.

Katanya, operasi yang diatur gerak dua kali setahun sejak dimulakan pada tahun 1991 itu dilihat berjaya meningkatkan keyakinan rakyat terutamanya pengguna laluan Selat Melaka terhadap tahap keselamatan di kawasan terlibat.

“Bagi Op Patkor Optima 24B/15 yang bermula sejak 5 Okt lepas dan berakhir hari ini, sebanyak 192 kapal dan bot telah diperiksa dan 61 awak-awak serta 15 tekong ditahan.

“Tahanan melibatkan warga tempatan, Indonesia serta Myanmar berumur 18 hingga 56 tahun dan kebanyakan mereka terlibat atas kesalahan menangkap ikan secara haram selain beberapa kesalahan maritim lain,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutupan Op Patkor Optima 24B/15 di sini hari ini.

Tambah Nasir lagi, peningkatan teknologi dan alat komunikasi canggih kini lebih memudahkan perhubungan agensi keselamatan kedua-dua negara dalam memastikan perbincangan rapi serta penguatkuasaan dapat dijalankan dengan lebih proaktif.

Katanya, walaupun Op Patkor Optima 24B/15 telah ditamatkan, namun APMM akan terus menjalankan operasi biasa memantau kegiatan maritim di perairan berkenaan dan di seluruh negara.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia menerusi jalan laut, Laksamana Pertama Maritim BAKAMLA, Zon Maritim Barat-Batam, UK Agung berkata pihaknya telah memohon supaya agensi keselamatan Malaysia dapat memeriksa dengan lebih teliti sebarang kedatangan kapal ke negara ini.

“Masalah kedatangan PATI ke Malaysia sudah lama terjadi kerana ia melibatkan mafia (sindiket) pengangkut PATI, maka dengan itu kita harapkan agensi penguatkuasa di negara ini dapat memeriksa dengan lebih lanjut dan menahan dahulu golongan berkenaan.

“Ini kerana jika ia dapat dibanteras semasa di darat lagi, pastinya tiada lagi wujud mafia di sempadan. Bagaimanapun, kita akan terus usahakan perkara ini dan sebarang kekurangan akan sentiasa ditambah baik,” katanya.

Op Patkor Optima 24B/15 itu melibatkan tiga kapal dan tujuh bot APMM, serta tiga pesawat masing-masing satu milik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan APMM sendiri.

Indonesia pula disertai enam buah kapal daripada pelbagai agensi penguatkuasaan negara itu antaranya Tentera Laut Indonesia, polis, Kastam dan Jabatan Laut.

Dalam perkembangan lain, UK Agung berkata selain hubungan dua hala dalam soal keselamatan perairan, APMM juga kini sedang bekerjasama dengan agensi berkenaan di Palembang, Indonesia dalam usaha memadam kebakaran hutan yang mengakibatkan jerebu teruk di kedua-dua negara. – BERNAMA

Tags: APMMseludup
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd