• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Tahan 2 Kapal Asing Pindah Minyak Secara Haram

oleh Ahmad Albab
25/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua kapal asing kerana melakukan pemindahan minyak secara haram di perairan Pengerang, dekat Kota Tinggi, semalam.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Maritim Tanjung Sedili, Kapten Maritim Amran Daud berkata kedua-dua kapal itu ditahan di kedudukan 2.2 batu nautika tenggara Tanjung Ayam, pada 12.30 tengah hari.

“Semasa ditahan, kapal MT Chelsea II yang berdaftar di Singapura didapati sedang memindahkan 45.543 tan metrik minyak jenis Marine Gas Oil (MGO) ke kapal MV Lu Rong Yuan Yu 978 yang berdaftar di Shidao, China,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Amran berkata MT Chelsea II membawa lapan kru rakyat Indonesia, Myanmar dan Singapura manakala MV Lu Rong Yuan Yu 978 membawa 17 kru rakyat China dengan kesemua kru kedua-dua kapal terbabit berumur 35 hingga 54 tahun.

Katanya, siasatan mendapati kedua-dua kapal itu gagal mengemukakan dokumen atau permit berkaitan melakukan aktiviti pemindahan minyak dari kapal ke kapal.

“Kedua-dua kapal itu juga melakukan kesalahan lain seperti gagal melaporkan ketibaan kapal dalam perairan Malaysia dan gagal membayar dius api,” katanya.

Menurut Amran, tiga kru kapal MT Chelsea II dan dua kru kapal MV Lu Rong Yuan Yu 978 dibawa ke Pejabat Maritim Daerah Tanjung Sedili untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 49 1B(1)(k) dan Seksyen 49 1B(I)(I) Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 iaitu melakukan pemindahan minyak tanpa kebenaran dan berlabuh tanpa kebenaran tanpa memaklumkan kepada Pengarah Laut serta Seksyen 3 Akta Dius Api Persekutuan 1953 kerana gagal membayar dius api. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]DQJBdVo_gxg[/wpdevart_youtube]

Tags: APMM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd